salam final exam

assalamualaikum buat semua..erm sebulan tak update..serius malas+banyak assment+test+midterm..huhu..ase bosan pun ade..tapi adat belajar..erm kali ni..jadual xm da kua..n mmg agak sakit final kali ni..ade sabjek double..tapi aku cuba la kuatkan diriku..Jika Allah dah aturkan untuk kita begitu,maksudnya,Allah maha tahu yang kita mampu hadapi..

and hari ni,bawu habis midterm..ya tuhan..susah sangat..mmg seriusly nangis2 ngadu kat umi..tapi benar kata umi..Allah kan ade..misterm tu bukan penghujung segalanya..ya allah..kuatkan hatiku..

kadang2 aku ase macam iri hati ngan nikmat sahabt2 dapat..tapi aku sering sangat lupa segala nikmat yang aku dah peroleh..tapi depa tak dapt..

ya Allah..jadikanlah aku hambaMu yang mampu bertahan di jalan junag

hambaMu yang mampu bertahan dalam ujian,

dalam segala keresahan dan kesusahan

ya Allah..

ampunkanlah dosa ku..

kuatkan keimananku..thabahtkan hatiku untuk agamamu

berilah kekuatan dan kesabaran pada hati ini..

engkau takdirkanlah segala yang terbaik untukku

dan jauhkan segala keburukan dari diriku….

ameen ya Rabb

by

<imad>

<student lounge mahallah asma>

Leave a comment »

Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum.. Erm rasanya dah lama sangat tak menulis dan mengupdate blog…ade beberapa sahabat bertanya..bila nak update blog..aku sekadar menjawab..tunggu je la..bukan tak mau update..idea ade..tapi masa kurang ade..bizi sangat ke?tak delah..tapi rutin di tahun tiga nih agak membuatkan aku sibuk..kadang2 nak ade masa tapi..hati sepenuhnya nak sampaikan apa yang nak di tulis…biarlah orang kata alasan lapuk.. Jadinya..sempena Ramadhan kareem nih..saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan bersyukur dipanjangkan umur untuk ramdhan yang kesekian kalinya…jgan biarkan Ramadhan kali ini disambut dengan pembaziran,kemalasan untuk beribadah dan sebagainya..kita seharusnya menghidupkan setiap detik dan saat di bulan Ramadhan ini dengan amal ibadat yang mungkin akan mendidik jiwa dan rohani untuk terus mengamalkannya di bulan –bulan yang lain.. Sahabat-sahabat yang dikasihi… Bulan Ramadhan hakikatnya adalah bulan anugerah Allah untuk hamba2nya..Jadi bagaimana mungkin kita sekadar membiarkan anugerah tidak ternilai pergi dan berlalu dengan begityu sahaja tanpa kita lazimi hari2 tersebut dengan iman dan amal soleh..Selain dari itu.kita harus sedar,tarbiah di bulan Ramadhan ini menguji segala perbuatan kita di sebelas bulan sebelumnya..sebagai contoh..kita mengatakan syaitan di ikat +dirantai di bulan Ramadhan..sudah tentu manusia tidak akan lalai dan leka serta membuat maksiat..namun..perkara tersebut tidak berlaku..maksiat terus juga berleluasa..mengapa?Hal ini kerana kita lupa untuk mendidik Jiwa dan nafsu kita ketika kita mengharungi 11 bulan sebelumnya.Didikan Syaitan yang agak ‘menjadi’ akhirnya membuatkan kita tidak merasa sikit pun manisnya Ramadhan Kareem… Buat sahabat2..ayuh kita hidupkan Ramadhan ini..tekad untuk mengubah diri…mendekatkan diri dengan Allah..ubah gaya pemakaian kita..ubah tingkah laku kita…hormatilah bulan yang mulia ini..moga tarbiah hebta dari Allah ini mampu menjadikan kita insane muslim yang mu’min lagi muttaqin.. Wassalam

Leave a comment »

Hikmah Berpakaian Menurut Syariat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dapat juga ana update blog untuk kesekiam kalinya..entry ni dah lama ana simpan sebenarnya…3peristiwa yang terjadi dalam hidup ana membuatkan ana tergerak hati untuk berkongsi dengan sahabat2..

Baiklah..melihat pada tajuk..nampak macam skema jerk an..tapi tak pun sebenarnya…sekadar nak mengajak kita semua sama2 baca dan fikirkan…ana benar2 terfikir..Allah sebenarnya sentiasa mentarbiah kita secara semulajadi..asalkan akal kita fikiran sanggup menjadi golongan suka berfikir akan ni’matnya..

baiklah..antara 3 peristiwa yang terjadi dalam hidup ana berkaitan dengan pakaian menurut syariat ni adalah

1:peristiwa ana excident ..masa tu ana pakai pakaian lengkap muslimah(tudung,stongan,stoking, etc)so macam agak tebal jugak lah…so masa eksiden tu..walaupun agak terseret sikit kat jalan raya..tapi hanya dua tiga bahagian di badan yang cedera,yang lain tu..baju yang koyak..tak kena pun kat sume tempat..coz baju yang tebal n sempurna menjadi pengantara antara muka jalan raya tu ngan kulit saya..pendek kata..kalu pakai seluar paras lutut..lengan paras bahu..nipis pulak tu..sah2 macam peta dunia la ti badan…ana bukan nak menghina sesapa..tapi fikirkanlah..jangan baca dengan emosi..kalu orang kata..dah nasib awak Allah nak uji nbanyak tu je..orang lain Allah uji banyak lagi..btul..tapi kalu pakai pakaian yang proper,sekurang2nya mengurangkan kadar kecederaan di badan kita

2:masa saya form 3,umi saya meniaga,n petang tu,entah kat mana silap,Allah nak uji,minyak masak lam kuali kawah kat kedai tu terbalik kat n kene kat seluruh badan umi..semua orang risau takut melecur satu badan..coz masa tu orang ramai nak beli kopok leko n minyak mmg panas…tapi bila umi balik umah n tukar baju tuk gi klinik..tengok2 yang melecur hanya bahagian ibu jari kaki..yang lain sumanya OK..tak dek kesan pape..sungguh saya tak tipu…masa tu umi pakai jubah,baju t shirt,seluar panjang,stokintudung etc)baju yang tebal tu dah serap minyak panas tu..so yang kene kat badan umi tu tak samapi kat kulit..bahagian tgn kene la juga coz tak bertutup..

3:baru2 ni umi saya eksiden n kene langgar oleh moto lain…sekali lagi..yang cedera hanya tempat yang tidak bertutup seperti tangan dan kaki,bahagian lain,,sekadar lebam..pakaian seperti biasa akan jadi korban jalan raya..

Jadinya..dari ketiga2 cerita ini..saya harap sangat,sahabat2 dapat ambil pengajaran..allah tidak pernah menyuruh hambaNya membuat sesuatu tanpa ade sebab dan musabab..takkan lah nak kene Allah turunkan bala ,kita baru mula sedar akan didikan Allah yang selama ini kita biarkan..ayuh sahabat2..berpakaian la menurut  syariat..percayalah..semua pihak akan mendapat ni’mat dan keuntungan hasil dari perubahan kita

p/s:terus mengislahkan diri

Leave a comment »

Rounded CEntral Banker

Alhamdulillah..hari tu berpeluang mengikuti talk dari pegawai sebuah agensi di Malaysia..seriusly..aku sungguh teruja dan membuatkan aku kembali bersemangat untuk belajar dan membina focus aku dalam hidup..

Benar kata orang..buat apa merancang ,kan Allah dah aturkan segala-galanya untuk kita..tapi  jika benar kata2 tu..kenapa Allah berfirman dengan mafhumnya..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka mengubah neasib mereka..adakah Allah sesuka hati menurunkan ayat ini?Tidak!! adakah ayat ini bertentangan dengan firman Allah,mafhumnya..dan kita merancang,allah juga merancang,sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik perancangan.

Tidak..ia sebenarnya tidak bertentangan..Allah sentiasa benar dalam kalamnya..Fikirkan sahabat2..sebagai contoh..kita berusaha untuk menjadi insan yang paling kaya di dunia dan kita merasakan kita mampu untuk menjadi dermawan..kita berdoa dan berusaha..Allah mengubah nasib kita..tapi bukan sepenuhnya..Allah langsung tidak menjadikan kita kaya dari segi duniawi..kita merintih..kenapa Allah melayan harapanku begini…..kita tidak sepatutnya bersikap begitu..cuba kita fikir..adakah kita benar2 yakin dengan diri kita..sekiranya kita jadi manusia terkaya ,kita tidak akan bongkak,?tidak akan membelakangkan Allah dalam setiap urusan?Ingat Tsa’ Labah yang telah Allah uji..akuilah di dalam diri..bahawa Allah tidak merestui perancangan kita kerana mungkin dengan kekayaan kita itu…menyebabkan kita terdampar di neraka….mungkin kerana kita salah seorang insane yang Allah kasihi..maka Allah tidak pernah mengabulkan apa yang kita mahu…mungkin ianya juga tarbiah semulajadi dari Allah untuk kita tidak putus harapan denganNya..

Ingatlah sahabat2..carilah hikmah atas setiap apa yang berlaku di muka bumi ini..dan selalulah bersangka baik dengan pencipta kita,Allah yang esa..

Berbalik kepada  cerita berkenaan entry kali ni..speaker tersebut memperingatkan setiap dari kami agar sentiasa niatkan diri untuk menjadi yang terbaik dari kalangan manusia yang terbaik..bagi aku..sudah tentu perlu menjadi yang terbaik dari setiap segi,agama…..,pelajaran..sahsiah…..pemikiran etc..

Kedua..beliau memperingatkan kami agar bina focus dalam hidup dan sentiasa memotivasikan diri kami…jangan jadikan persekitaran sebagai burden..alasan  atau apa sahaja untuk mencapai kejayaan..orang yang Berjaya mampu mengatur masalah menjadi peluang…so usaha membina minda ke arah itu(ni la yang aku paling susah nak awat..hehehe)

Ketiga…to be rounded central banker..anda perlu  mempunyai kelebihan dalam akademik dan other skill..selain dari tu..orang tersebut perlu berjiwa besar dan optimis dalam sesuatu kerja…if orang tu ada both aspect..he/she will lead the world…(napa cakap aku cakap gitu..orang yang pg sekali ngan aku akan paham..)

Keempat,kita kene ade stand/pendirian 4 any isssues..if not..you are not the rounded person..

Kelima..kita kene sentiasa fikir untuk contribute something to the world..(ni aku pun lemah juga)

Keenam..aku tambah sendiri..reward yourself..and give special care for the special brain that we have….

Ketujuh..kene mantap ngan ilmu…agama+dunia..serius..those who want to be rounded person..kene mahir their field and other field..aku dah merasa..i mean tuk my field..islamic acc..kalu gi je majlis cam gini..orang akan stat tanya..macam2..intelectual punya hiwar..seronok tapi kene owez prepare tuk kene hentam n be urself n independent…coz majlis tu bercampur sume race kat mesia..so kita kene  pandai bersosial..n other race really +eager to know bout Islamic muamalat system(ni sume gara2 world crisis)..tuk diri aku..banyak la gak kantoi..coz a few fact aku tak tau..

Lastly..that’s all..sekadar berkongsi how to be a rounded person in our field…wassalam

Leave a comment »

IFTOR MANS

INVITATION-CARDQ-1.

 

salam..to all ahmadians..you are invited to..

Comments (1) »

KEMINDA 2-MANS

alhamdulillah..pada 29-31 mei aritu..bekas2 pelajar maahad aka alumni sempat turun ke maahad untuk menjalankan siri kem tahunan.ramai yang menyumbangkan tenaga..kat 50 orang turun..tapi nak tunjuk gambar bebanyak dari awal takdapat la..coz tak amik…heheh..erm meh la nak citer serba sikit..atas permintaan bekas2 senior,kawan2

28 mei..

habis jer klas..trus rush ngan kak aisya+farah g pudu..n memasing mendapatkan tiket bas memasing..n aku +farah g surau..semayang magrib dulu..n gi anta farah nek bas..heheh macam best j bunyi..dah anta dia..aku pun gi la tunggu bas..n 8.45pm..bas aku sampai..naik je bas..mesej makcik2 berdua tu…farah+aisya..cit cat ngan aisya sampai la aku samapi umah..heheh.

29 mei…

bermesra ngan mak ayah..heheh lama tak jumpa..n tunggu sampai depa balik ganu..pastu tunggu dayah ghani datang jemput n merempit k sekolah..hehehe..tunggu punya tunggu..ramai lagi upanya fc tak sampai..adik2 batch spm 2006 yang dah ramai sampai..tahniah2..malam tu..seperti yang dirancang..aku,fyt,dayah,nisa ke musolla..adush..syahdu sungguh..suasana yang dah lama aku cari2…(t la aku wat ngan moviemaker video2 bebudak ni bg)

pastu habis j semayang..g jumpa fc2 yang dah sampai n gi makan..tanpa segan silu pi join sekali dinner dak spm 2009..maaf la dik..fc ramai tak makan lagi..hehehe..habis makan2..kami gi la meeting..erm masa ni..memacam la perkara la dibincangkan…remain secret..hihi

30mei..kami digesa untuk join sekali gotong royong perdana yang diadakan oleh pihak sekolah..sementra fc2 duk tolong cikgu2..aku,najwa,haziq jumpa pengetua..ustaz rahim tuk bincang ttg student dan sebagainya..

erm paling tak tahan..beberapa siri rombakan tuk dak stam tahun depan akan diadakan tuk tarik perhatian depa tuk stay..bertuahnya korang,,,erm masa tu jugalah cikgu bagitahu..dak maahad leh bawa laptop..ade wayarles..ade mesin basuh kat asrama macam sbp+smka len,ade bilik iron sendiri,n macam2 fasiliti yang pastinya tak dak masa zaman kami senior2..tuk adik2 maahad..bersyukurlah n maksimumkan penggunaan fasiliti tu n bentuk diri jadi insan yang berjaya..

habis j gotong royong..fc diminta kumpul sekali lagi n pastu makan n mula 3.00 ptg..program dimulakan sampaila kemalam..

31mei..

pukul 3 pagi..barisan komiti yang amat kejam lagi zalim..terdiri dari najwa..halim..abg farhan..haziq..fyt..kak zati..kak biha..apai..aku dan khidir..mengejutkan adik2 bangun…heheheh terkejut korang ek..sampai fc2 muslimat pun bengang jerk ..heheh..tapi sememangnya part ni tak diberitahu kpd mereka..ni mmg kitaorg ngan adik2 jerk..

ade yang kene denda guling2 ,duk kungfu cina..memacam la..tu suma abg farhan,biro disiplin punya keja..n yang palin best semayang jemaah atas jalan tar kat depan koop..dalam borang post mortem macam2 nukilan adik2 ni bg..tq adik2..masa tu ramaila komiti bagi taujihat termasukla den..hehhehe bagi taujihat pasal STAm..alhamdulillah..

pastu habis je sume2 tu..depa pi smayang subuh.n siap sedia tuk riadah..n makan pagi..cian adik2 yerk..makan dalam talam konsi 8 orang..sume ngadu makanan tak cukup..adik2.kami komiti bukan sesaja..nak didik adik2 bersyukur..nasib kitaorg bagi makan tau..lagipun mk cik DS ade komen..adik2 suka sangat duk membazir2 makanan selama ni..

erm pastu depa pi dewan tuk aktiviti seterusnya..ballon stacking..macam2 binaan+rekaan dihasilkan..erm asenya yang berbentuk rabbit paling aku suka la..tapi aku tak leh bias..heeheh..pastu masuk ldk 3…n lastly ldk 4..yang ni sume orang kene berpanas..hehehh..paerpun bestlah kem ni..tujuan utama dia tercapai..mmg btul2 serampang dua mata..

malam tu..aku suh abg aku jemput n balik umah masak for him…

1 jun..den balik k uia..n alhamdulillah sampai before kuliah bermula..huhu penat2..n keesokkan harinya mid term Advance Acc..

walaupun macam2 dugaantime..tapi ok la…tu dah lumrah..n walaupun adik2 fc yang bukan maahad datang n bg idea..tq n korang akan alami apa kitaorg rase after korang dah btul2 berada kat lua..dulu akak dah pnah rase macam koran ase..tapi once korang dah masuk U…barula korang paham kenapa situasi jadi begitu hari tu…n proses bina balik ukhwah ngan semua alumni maahad sangat2 la diharapkan tercapai…..P5303284

Leave a comment »

moh ker sana

erm tetiap tahun ade program best2 by IRm..kesekian kalinya..ana tak dapat ikut..ade kelas n sabtu tolong kak syida…so sesapa free sila la turun..

Salam kepada Para Sukarelawan, Islamic Relief Malaysia akan melancarkan Projek Perpustakaan Anak Yatim bagi tahun 2009 bertempat di Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong. Selangor pada 23 Mei 2009 (Sabtu). IRM telah mendapatkan penajaan penuh serta kerja-kerja pembelian buku-buku dan keperluan perpustakaan juga telah dilakukan. Untuk itu, IRM ingin menjemput para sukarelawan bagi memeriahkan majlis pelancaran di samping meluangkan sedikit masa dengan anak-anak di rumah tersebut. IRM juga memerlukan penglibatan sukarelawan didalam kerja-kerja persiapan akhir. Berikut adalah jadual masa kerja-kerja akhir pembinaan perpustakaan tersebut. Tarikh Masa Aktiviti

  20 & 21 Mei 2009 (Rabu & Kha) 2.30p.m. – 5.00p.m. cop & label buku-buku Pejabat IRM, Seri Kembangan Selangor.

 22 Mei 2009 (Jumaat) 3.00p.m. – 6.00p.m. Menyusun buku dan menyiapkan perpustakaan Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor

 23 Mei 2009 (Sabtu) 8.30a.m. – 1.00p.m. Majlis bersama anak2 dan majlis Pelancaran Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor

Bagi majlis di hari Sabtu, di samping memeriahkan majlis pelancaran, IRM juga akan meluangkan sedikit masa bersama-sama anak-anak yatim di sana. Kami juga akan menyediakan sedikit hadiah dan cenderahati untuk anak-anak disana. Bagi para sukarelawan yang ingin turut sama menghadiahkan sedikit cenderahati tak kira besar ataupun kecil (cth alat tulis, gula-gula, kek dsbg) sangat-sangat kami alu-alukan demi untuk meraikan anak-anak seramai lebih kurang 80 orang di sana. Diharap dengan kehadiran atau kiriman sumbangan dari para sukarelawan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut di samping mengeratkan silaturrahim sesama kita. Di samping itu, di harap semoga para sukarelawan mendapat sedikit pendedahan tentang perjalanan program perpustakaan ini kerana program ini akan diteruskan di rumah-rumah kebajikan yang lain pula. Setiap sokongan dan kerjasama anda sangat-sangat kami alu-alukan. Kepada sesiapa yang boleh hadir dan ingin membantu di mana mana aktiviti di atas dan bagi maklumat lanjut, sila maklumkan kedatangan kepada Iskandar atau Farouq di 03-89486334 bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci di hari tersebut di samping mendapat sedikit taklimat mengenai pembahagian kerja nanti. Terima Kasih. ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Leave a comment »

untukmu ibu

dedikasi buat semua..tak kisah la dah jadi ibu ke belum ..dah jadi anak k belum ke…hargailah apa yang kita ada….ni bukan dedikasi tuk ibu saya..cuma saya memahami keperitan ibu saya..harapan terhadap anak-anaknya..umi..luv u so muchhhhhh..sedey..

p/s:ke’banjir’an membaca cerpen nih…

 www.iluvislam.com

 dihantar oleh: nurpalestina

 Editor: ar-ruhul JADEED

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan. “Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. “ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Leave a comment »

^_^Kebebasan^_^

 

3mei setiap tahun merupakan hari kebebasan Akhbar Sedunia yang diraikan oleh para wartawan dan penulis mana-mana akhbar,dan mungkin juga ia wajar disambut oleh para blogger.namun realitinya,apakah signifikan sambutan ini dan apakah erti sebenar sebuah kebebasan dalam konteks penulisan di Malaysia.Saya hanya akan mengambil beberapa fakta dalam penulisan pendek ini sebagai kayu ukur terhadap persoalan di atas.

Sambutan hari kebebasan akhbar ini akan membincangkan dan membincangkan kedudukan kebebasan akhbar terutamanya di Negara ini.Namun yang menjadi jeliknya apabila membaca Utusan,akhabr tersebut melaporkan bahawa kebanyakan forum yang diadakan biasanya dipelopori oleh pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan.Jadi di sini,sekiranya merujuk kepada perkataan ‘kebebasan’,sesiapa sahaja haruslah bersikap terbuka untuk menerima forum tersebut.Sekadar forum bukanlah mudarat bagi saya melainkan mereka merasakan itu adalah satu ‘kudis’ yang akan merebak dan menjangkiti atau mungkin lebih teruk,membunuh mereka satu ketika nanti.

Seterusnya,secara mudah maksud kebebasan adalah tidak terikat.Jadi,sekiranya kita faham,penulis haruslah tidak terikat dengan mana –mana pihak dalam melaporkan sebarang kejadian dan telus serta tidak pula berlebih-lebihan.Apabila saya timbulkan isu berlebih-lebihan,teringat dua kes yang begitu dekat dengan saya sendiri ketika bersekolah di Negeri Sembilan dahulu.Pada tahun 2004,negara dikejutkan dengan pembunuhan seorang pelajar sekolah agama kerana sebuah cerek air.Namun apa yang menyedihkan saya,kronologinya agak kurang tepat dan banyak ‘perasa tambahan’ dimasukkan.Saya mengetahui cerita sebenar selepas bersua muka dan bertentang mata dengan guru dan pelajar dari sekolah tersebut.Isu kedua,agak kurang ‘famous’tapi masih tergolong dalam kategori salah lapor dan ada perisa tambahan.Kejadian ini melibatkan sekolah abang saya,menurut abang saya,kejadian kaki pelajar ditikam ketika pergaduhan dengan orang luar tidaklah seteruk yang dilaporkan.Adakah dua situasi menunjukkan ‘kebebasan dan profesionalisme’ seorang penulis?

Mengulas penulisan di akhbar tersebut,pembaca lebih bersedia membaca akhbar yang terkawal.Sekali lagi,jelik mendengarnya.Benar kami mahukan akhbar yang terkawal,yang tidak mengutuk pihak lain secara teruk dan keterlaluan tapi menyembunyikan fakta yang benar yang perlu diketahui oleh rakyat.INGAT!!!Rakyat hari ini membawa kaedah yang sama pada zaman sebelum merdeka dalam soal menerima akhbar.Sebaiknya lipatan sejarah silam itu kita buka dan renungi kembali.Bagaimana fungsi akhbar yang telus memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.Apa yang berlaku hari ini sungguh menyedihkan,akhbar Harakah pernah diarahkan untuk dihentikan pengeluaran.Para blogger di larang menulis isu bertentangan dengan pendirian kerajaan.Inikah erti sebuah kebebasan yang diperkatakan dan ditakutkan?

Namun demikian,saya bersetuju sekiranya mereka menolak kebebasan ini atas dasar ‘fitnah’.Tetapi,mereka harus benar-benar faham tentang persoalan fitnah ini.Adakah fitnah jika bukti tentang perkara tersebut sudah cukup?atau fitnah itu ialah apabila melaporkan perkara yang tidak benar dan sama sekali tidak wujud.Saya yakin,siapa yang menggunakan hati akan mengetahui dan mampu menjawab persoalan ini.Dan penulis pula haruslah peka.Kita tidak seharusnya menulis perkara yang kita benar-benar tidak tahu.Menulis atas dasar NAFSU!!!Dalam menulis dan menyampaikan maklumat,kita haruslah ikhlas.Apabila bercakap soal ikhlas,haruslah kita fahami makna disebaliknya.Bukan untuk popularity,bukan untuk mengampu atau mengaburi kebenaran!!!

Kesimpulannya,menulis itu mudah,tapi memastikan perkara yang ditulis adalah benar itu payah.Memastikan perkara ditulis itu bermanfaat payah.Memastikan penulisan itu’bebas’ juga payah.Memastikan istiqomah menulis juga payah.Apapun,berdirilah di atas  paksi realiti.Pembaca hari ini benar-benar memerlukan penulisan yang telus,terbuka dan bebas.

p/s:untuk rating penulisan ini..benar2 tidak sarat dengan fakta.namun saya akan cuba improve..

suka membaca karya Faisal tehrani,laman rencana di Utusan Malaysia,Saya secara peribadi tidak menolak mana-mana akhbar pun di Malaysia,kerana dari situlah pertembungan idea,kronologi akan berlaku.Dari situlah bermulanya tugas kita untuk menentukan had ‘kebebasan’ akhbar dan ketepatan maklumat yang disampaikan.Untuk Faisal,saya suka cara anda membawa idea tentang sesuatu perkara di dalam penulisan anda.

Leave a comment »

Pembaca Adalah Rakyat

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

Minggu lalu penulis dapat panggilan telefon pagi Ahad dari seorang kawan yang selalu menjadi kaki kutuk.

‘‘Mana sabut?,’’ dia bertanya merujuk kepada ruangan ini yang tidak tersiar dalam Mingguan Malaysia minggu lalu. “Sabut hanyut? Sabut mana boleh tenggelam, tentulah ia hanyut.’’ tambahnya lagi.

“Saya bercutilah,’’ jawab penulis.

“Mana ada kolumnis bercuti,’’ balasnya. Benar katanya, tidak ada istilah bercuti bagi seorang kolumnis. Sebenarnya penulis ini sengaja tidak mahu menulis untuk keluaran penerbitan pada 3 Mei adalah kerana hendak memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang jatuh pada tarikh itu.

Tentu orang akan bertanya, mengapa kerana hendak memperingati hari kebebasan akhbar, penulis bertindak tidak menulis pada hari itu. Tidakkah lebih baik menulis mengenai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia untuk disiarkan pada hari tersebut?

Seseorang wartawan umumnya akan menulis tentang banyak perkara dan melakukannya setiap hari. Maka apabila hendak menghormati suatu hari yang bertujuan mengingati tentang kepentingan kebebasan penulisan, maka lebih wajar dia tidak menulis pada hari berkenaan.

Sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pelbagai pihak mengadakan majlis, antaranya forum bagi membicarakan mengenai kedudukan kebebasan akhbar di negara ini. Acap kali ia diadakan oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan. Begitu juga dengan badan-badan bertaraf antarabangsa di samping kedutaan-kedutaan asing dari kalangan negara-negara Barat.

Malaysia seperti banyak negara bukan Barat dilihat sebagai antara negara yang tidak cukup memberikan kebebasan akhbar. Maka akhbar arus perdana dilihat sebagai dikawal dan wartawan-wartawannya dianggap sebagai kurang bebas daripada apa yang sepatutnya.

Maka tidaklah menghairankan, bahawa dalam forum-forum berkenaan sasaran kritikan adalah terhadap media arus perdana, wartawan-wartawannya, pemilik syarikat media, kerajaan dan parti pemerintah kerana dikatakan mengawal kebebasan akhbar.

Majoriti

Tetapi kalau dilihat daripada mereka yang melakukan aktiviti bagi meraikan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, maka dapat difahamkan bahawa hanya segelintir yang mahukan kebebasan akhbar. Majoriti pembaca di negara ini masih mahukan akhbar yang terkawal, atau terpimpin.

Sebab itu, akhbar arus perdana, walaupun dikatakan telah merosot dan terancam tetapi masih berada pada kedudukan baik kerana sokongan pembaca yang kuat dan padu. Kalau pembaca tidak gemar terhadap akhbar arus perdana, sudah lama zamannya berlalu.

Justeru adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak yang mendokong kebebasan media mengecam akhbar arus perdana kerana kehadirannya adalah kerana sokongan para pembaca.

Apatah lagi, mereka tidak wajar mengecam para wartawan akhbar arus perdana dalam soal kebebasan ini. Wartawan berkhidmat untuk pembaca. Jika pembaca mahukan laporan yang terkawal dan terpimpin, maka mereka memenuhi kehendak pembeli-pembeli akhbar berkenaan.

Mereka juga tidak wajar mengkritik pemilik syarikat akhbar. Ini kerana sebagai badan perniagaan, pemilik syarikat akhbar hanya membuat pertimbangan dari segi keuntungan. Malah soal politik yang berkaitan dengan syarikat pemilik media juga adalah atas asas kepentingan perniagaan juga.

Ini kerana pada hakikatnya pemilik saham syarikat tidak memiliki produk, iaitu akhbar berkenaan. Yang memiliki produk adalah pengguna, bermakna pemilik sebenar akhbar adalah pembaca. Mereka secara tidak langsung menentukan kandungannya. Wartawan menulis bukan untuk pemilik syarikat akhbar tetapi berkhidmat bagi pembacanya. Ini kerana pembaca yang membayar untuk membeli akhbar. Atas pembelian akhbar inilah, para pengiklan membeli ruang dan seterusnya membolehkan akhbar diterbitkan.

Maka kalaupun hendak mengkritik mengenai kebebasan akhbar, maka sasarannya harus ditujukan kepada para pembaca.

Sementara mereka inilah juga merupakan sebahagian besar rakyat negara ini, yang setiap kali pilihan raya majoritinya memilih kerajaan pimpinan parti pemerintah yang ada pada hari ini. Maknanya, mereka secara majoriti menyokong cara kerajaan menguruskan media.

Jadi kalau tidak berpuas hati dengan kedudukan kebebasan akhbar di negara ini, mengadulah pada rakyat yang sebahagian besarnya adalah pembaca akhbar arus perdana.

Dan siapakah rakyat? Pembaca, wartawan, pemilik syarikat media, kakitangan kerajaan, pegawai kerajaan dan penyokong-penyokong parti politik adalah kesemuanya sebahagian daripada rakyat.

Sementara konsep kebebasan akhbar itu adalah satu fahaman, yang diterima oleh sebahagian daripada rakyat, tetapi ditolak pula oleh sebahagian yang lain. Selagi rakyat mahukan akhbar yang terkawal atau terpimpin, maka itulah yang mereka perolehi.

Banyak pihak lupa bahawa media massa adalah cermin kepada masyarakat. Apa yang dipaparkan termasuk gaya serta nadanya adalah datangnya daripada pembaca dan penonton.

Untuk mengubah media massa, maka apa yang dilakukan ialah meminda diri sendiri. kalau pembaca dan penonton telah mengubah selera, maka pasti media massa akan menurutinya. dari satu segi, media massa memimpin dan mencorak pendapat umum tentang isu-isu. Tetapi kuasanya terhad. Selagi apa yang diutarakannya dapat diterima pembaca, maka ia akan terus diikuti.

Tetapi jika apa yang dinyatakan oleh media massa ditolak pembaca dan penonton, lambat laun, akhbar dan televisyen juga terpaksa berubah. Jadi, siapa memimpin siapa?.

Leave a comment »

PM disaran sedia pelan reformasi media

http://www.malaysiakini.com/news/82287
May 2, 08 6:35pm
Kerajaan harus mengambil langkah memulihkan kebebasan media selepas tahapnya jatuh merudum sejak beberapa tahun lalu, kata Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (WAMI).

“Media harus menjadi sasaran seterusnya usaha perdana menteri selepas (reformasi) sistem kehakiman dan Badan Pencegah Rasuah,” kata pengerusinya Wong Chin Huat.

anti chinese media monopoly 6th 290507 wong chin huat“Malah, kempen pencegahan rasuah tidak akan berjaya apabila akhbar masih tunduk bawah kerajaan, bukan berperanan mengawal (kesilapan) kerajaan.”

Menurut tinjauan Freedom House, sebuah badan pemantau kebebasan akhbar, Malaysia berada pada tangga tercorot dalam tempoh empat tahun sejak 2005.

Dalam tinjauan terkini yang dikeluarkan Selasa lalu, Malaysia berada di tangga 141 daripada 195 negara yang dikaji (lihat jadual).

Kedudukan ini terletak kurang 30 peratus daripada negara yang ditinjau – meletakkan Malaysia dalam kumpulan negara-negara yang paling bawah tidak mengamalkan kebebasan media.

————————————————————
Tahun     Bil. Negara Dikaji       Tangga     Peratusan (%)
————————————————————
2008                195                   141            28.21
2007                195                   150            23.59
2006                195                   141            28.21
2005                194                   151            22.68
————————————————————

Wong menambah, di Asia, kebebasan media Malaysia sentiasa lebih teruk daripada beberapa negara jiran yang miskin seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara-negara demokrasi yang lebih kaya seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

makkal ossai anwar ibrahim black 14 160408“Pelan reformasi dan jadual pelaksanaannya haruslah diputuskan melalui dialog dan perundingan yang melibatkan (wakil-wakil) Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan masyarakat sivil,” kata Wong, seorang pensyarah media, hari ini bersempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia esok.

WAMI menggesa kerajaan memperkenalkan jawatankuasa khas peringkat parlimen mengenai kebebasan media sebagai badan paling baik untuk tujuan tersebut.

Sempena sambutan 3 Mei pada 2006, 37 badan bukan kerajaan pernah menggesa kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat.

“Pengumuman (dua perkara itu) akan menjadi hadiah terbaik untuk Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini,” katanya.

Leave a comment »

^_^Jangan Berhenti,Jalan Terus!^_^

Entry kali ini diambil dari blog sahabat..http://waznulhaq.blogspot.com….terima kasih untuk tinta yang menyentuh qalbu ini.

________________________________________________________________________________

Agak beku dan kaku jari jemari ini tatkala menyentuh ‘keyboard’ bagi memulakan usaha menaip entri baru. SIBUK? Sudahlah..saya tidak larat lagi menjadikan perkataan ‘SIBUK’ itu sebagai alasan untuk mempertahankan diri, mengelak daripada meneruskan usaha dakwah di kanvas maya ini. Biarlah, saya memang seorang PEMALAS! Namun, saya pohon pada ILAHI agar KEMALASAN ini tidak berterusan, tidak menjadi RACUN yang subur dalam jiwa hamba ini. Benar! Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba. Saya tidak mahu talam perjuangan yang bakal saya persembahkan kepada Allah s.w.t di Yaumul Mahsyar kelak di hidang bersama-sama RACUN bernama CULAS dan MALAS. Ya Allah…aku mohon pohon agar jangan KAU persiakan usaha hambaMU ini! ~~ Saya terkenang satu peristiwa yang berlaku kira-kira sebulan yang lalu, bertempat di sebuah lokasi bernama Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir. Program tutorial kelas Pengajian Agama Islam (SEM3) bersama tutor kami Puan Yuslaini dan Cik Hijrah dirancang bagi memantopkan lagi ukhwah antara kami. Terima kasih kepada pimpinan kelas semester ini! (^_^). Antara aktiviti yang kami jalankan disana ialah melawat Taman Herba yang jaraknya kira-kira 500 meter dari Rumah Persekutuan Kerajaan kami yang selesa itu! Terima kasih sekali lagi untuk penginapan yang hebat itu (^_^). Maka, segala kekuatan fizikal dan mental kami persiapkan untuk menuju ke Taman Herba itu, kasut sukan jenama Nike itu diikat kemas moga tidak tertanggal dalam perjalanan menuju ke sana (bunyi macam jauh sangat pula kan?). Perjalanan kami dihiasi kicauan burung dan pemandangan flora fauna yang hijau melata. Persekitaran serupa ini, amat susah dan jarang sekali untuk dilihat di ‘Kampung’ halaman saya, yang ada hanyalah bangunan-bangunan batu tinggi yang berukuran ratusan meter. Haruman segar kayu kayan yang bertiup melapangkan jiwa yang sesak di dada, berbanding kepulan asap dari ekzos-ekzos lori, kereta dan motorsikal yang telah mula saya hirup sejak dari kecil. Namun, laluan penjalan kaki yang berlopak dan berlubang di sana sini itu, agak mencacatkan keriangan perjalanan ini, saya sendiri agak kesal mengapa pihak pengurusan tidak menjaga tempat ini dengan baik. Sekitar lima belas minit berjalan, hayunan langkah kaki saya terhenti seketika, mata tertancap pada jalan. Ada satu garisan hitam yang agak halus tapi jelas kelihatan melintangi jalan itu, saya duduk mencangkung bagi melihat dengan lebih teliti apakah ia. Rupanya, barisan semut hitam sedang melintasi jalan itu, mujur…jikalau saya tidak perasan lantas memijak dengan selambanya barisan semut hitam itu sudah tentu berlaku pembunuhan beramai-ramai dari kalangan bangsa semut. Langsung tidak terputus walau sedikit pun barisan itu. Melihat pergerakan mereka sama ada sehala ataupun dari arah yang bertentangan, membuatkan diri ini benar-benar ghalit dan kagum. Bukan tidak pernah melihat barisan gerakan semut sebelum ini, namun untuk pergerakan semut yang sepanjang ini? Inilah kali pertama saya melihatnya~. Timbul idea nakal untuk cuba mengganggu keharmonian rukun tetangga semut-semut itu. Sengaja saya ambil ranting kayu yang agak kecil, lalu dibentangkan dengan tujuan menghalang laluan semut-semut itu. Apa yang berlaku? Mereka hanya berhenti seketika, namun perjalanan tetap diteruskan dengan memanjat ranting kayu itu. Saya masih tidak berpuas hati, sekali lagi saya mengganggu ketenteraman hidup sang semut, kali ini dengan ranting yang lebih besar. Sangkaan saya moga kali ini, perjalanan mereka tehenti, TIDAK! Sebaliknya perjalanan terus seperti biasa, namun litar yang sepatutnya lurus membelok sedikit bagi mengelak kayu tersebut. Kali ini saya tersenyum seorang diri, menggeleng-geleng tanda terasa kebodohan diri kerana terlalu asyik memerhati dan mengganggu ketenteraman hidupan itu. Seusai itu, aturan langkah diteruskan menuju ke Taman Herba. Tetapi, agak menghairankan apabila, visualisasi peristiwa semut itu kerap kali bermain di minda. Terus dan menerus, sehingga membuatkan diri ini terasa buntu. Seakan, peristiwa itu pohon sesuatu untuk diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Selesai, wirid solat fardhu Maghrib, saya melabuhkan punggung di tangga surau. Sengaja dibiar jiwa ini duduk keseorangan mencari hikmah, sambil ditemani bunyi unggas dan cengkerik. Mahu tahu apa kesimpulannya? Ibarat semut yang diuji dengan rantingan kayu tadi, mereka tetap bergerak menuju ke destinasi, itulah dakwah Islamiyyah! Ia tetap perlu berjalan, biar salah seorang daripada kita tumbang dan rebah, namun janji Allah s.w.t tetap kan berjalan. Apa janjinya? Bahawa Islam tidak akan luput dibumi ini! Aliran dakwah tetapkan mengalir dan tidak pernah berhenti. Bak kata saudara Amin Azli dalam perbualan ringkas kami dalam ‘Humaira’ DAX 3320, “Arip..dakwah dan perjuangan Islam itu tidak pernah MEMERLUKAN kita, sebaliknya kita yang memerlukan ia, biar kita berhenti lelah dan tenggelam, PASTI ada insan lain yang menyambung! Perjuangan ini adalah wasilah kita untuk ke Jannah. Maka, bersedialah untuk menelan segala pahit maungnya!” Benar katamu wahai akhi, Syurga itu MANIS namun jalan menujunya adalah PAHIT. Wahai para Dai’e, perjuangan kita bukan perjuangan menggali harta karun, bukan perjuangan mencari kemerdekaan, bukan perjuangan merebut piala, sebaliknya perjuangan kita adalah perjuangan mendamba keredhaanNYA. Mehnah dan tribulasi adalah perkara wajib yang mesti ditempuhi. Kecil atau besar, kuat atau lemah ujian itu biar IMAN yang menjadi pengukurnya. Andai iman itu kukuh, LETAKLAH sebuah batu yang maha besar di atas badan, dijemur di tengah padang pasir yang panas terik, namun bibir tetap meledakkan kalimah AHAD! AHAD! AHAD! Umpama Bilal Bin Rabah di dera oleh Umaiyyah. Kata Umaiyyah:- “Aku tidak akan angkat ketulan ini kecuali setelah kau mati atau kau kufur dengan agama Muhammad ini dan kembali menyembah al-Lata dan al-Uzza”. Namun, jika sebaliknya yang berlaku, yang diseksa ialah Ketua Munafiq, Abdullah bin Ubay bin Salul. Tentu mudah sahaja dia berpaling kepada al-Latta dan al-Uzza. Mengapa perlu mencari susah? Diseksa dan dizalimi batang tubuh itu sedangkan boleh sahaja meloloskan diri. Nah, apa yang membezakan mereka? Tidak lain dan tidak bukan..ianya soal keIMANan. Wahai mujahid muda, titiplah pengalaman dari jerit payah perjuangan para sahabat nabi. Jadikan pedoman dan haluan, moga tidak mudah mengeluh panjang dalam perjuangan. Bukannya salah andai engkau merajuk, mengeluh dan meratap dengan mehnah, kerana itu hakikat insan yang tidak sempurna sifatnya, namun jangan dipanjangkan rajukan itu, jangan diberatkan keluhan itu, kerana yang menanti di akhirat kelak adalah Jannah yang tidak terjangkau dek pemikiran manusia akan imejnya. Ingatlah pesanan Asy Syahid Imam Hasan al-Banna:- “Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang kita ada”.

Leave a comment »

12 sifat sahabat

salam sume.erm dalam kita bersahabat..kadang2 tak sume orang boleh di jadikan sahabat baik dan sebagainya…dan sebelum kita memilih orang untuk menjadi sahabat kita..adakah kita sudah memenuhi 12 sifat sahabat ini..dan jika saya tak silap..masa perbincangan ngan beberapa orang rakan..salah seorang dari mereka ade memberitahu tentang hak sahabat..iaitu..kita bersangka baik dengannya dan kita melebihkan dia….
namun di bawah ini..terdapat 12 sifat2 sahabat yang boleh kita teliti dan amalkan dalam hidup kita untuk menghargai kewujudan seorang bernama sahabat…heehhehe merapu je keja..so..mari sama2 kita hayati…

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

 

{petikan “Bimbingan Mu’minin” Imam Ghazali}

Comments (1) »

Etika Hidup Muslim-Memberi Nasihat

1. Hendaknya ikhlas di dalam memberikan nasihat, tidak mengharap apapun di balik nasihatmu selain keridhaan Allah Subhannahu wa Ta’ala dan terlepas dari kewajiban. Dan hendaknya nasihatmu bukan untuk tujuan riya` atau mendapat perhatian orang atau popularitas atau menjatuhkan orang yang diberi nasihat.

2. Hendaknya nasihat dengan cara yang baik dan tutur kata yang lembut dan mudah hingga dapat berpengaruh kepada orang yang dinasihati dan mau menerimanya. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah ia dengan cara yang lebih baik”. (An-Nahl: 125).

3. Hendaknya orang yang dinasihati itu di saat sendirian, karena yang demikian itu lebih mudah ia terima. Karena siapa saja yang menasihati saudaranya di tengah-tengah orang banyak maka berarti ia telah mencemarkannya, dan barangsiapa yang menasihatinya secara sembunyi maka ia telah menghiasinya. Imam Syafi`i –rahimahullah- berkata: “Berilah aku nasihat secara berduaan, dan jauhkan aku dari nasihatmu di tengah orang banyak; karena nasihat di tengah-tengah orang banyak itu mengandung makna celaan yang aku tidak suka mendengarnya”.

4. Hendaknya pemberi nasihat mengerti betul dengan apa yang ia nasihatkan, dan hendaknya ia berhati-hati dalam menukil pembicaraan agar tidak dipungkiri, dan hendaklah ia memerintah berdasarkan ilmu; karena yang demikian itu lebih mudah untuk diterima nasihatmu.

5. Hendaknya orang yang memberi nasihat memperhatikan kondisi orang yang akan dinasihatinya. Maka hendaknya tidak menasihatinya di saat ia sedang kalut, atau di saat ia sedang bersama rekan-rekannya atau kerabatnya. Dan hendaklah pemberi nasihat mengetahui perasaan, kedudukan, pekerjaan dan problem yang dihadapi orang yang akan dinasihati itu.

6. Hendaknya pemberi nasihat menjadi teladan bagi orang yang akan dinasihati, agar jangan tergolong orang yang bisa menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan ia lupa terhadap diri sendiri. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman tentang Nabi Syu`aib: “Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang” (Hud: 88).

7. Hendaknya pemberi nasihat sabar terhadap kemungkinan yang menimpanya. Luqman berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang ma`ruf dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan sabarlah terhadap apa yang menimpamu”. (Luqman: 17). Luqman menyuruh anaknya untuk sabar terhadap kemungkinan yang terjadi karena ia memerintah orang lain mengerjakan kebaikan dan mencegah

(Dikutip dari Judul Asli Al-Qismu Al-Ilmi, penerbit Dar Al-Wathan, penulis Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, versi Indonesia Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari)

Leave a comment »

bersyukurlah!!!

salam sume…

erm kalu tgk kat entry Jadual Bulan Ini..yeye je nampak hujung2 tu nak study..kuikuikui..kita merancang..Allah pun juga merancang..serius..kali ni..mmg tak sempat nak study..coz last kelas 1hb..3hb da stat exam..agak tertekan n kelam kelibut jugaklah…hukhuk..siap peksa berderet…n aderlah 2 subjek terkorban ..hehehe..cuma nasib tak parah…cume yang parahnya..note aku pun..aku tak buat..suh orang lain..sbb da nak termuntah tgk buku…punya la tak senonoh..ish2..jgn tiru aksi ini..heheheh rerajin buat note..n pandai imbangkan masa..

pengalaman sem lepas..sekali lagi banyak mengajr aku tentang hidup…tahniah pada junior tapi senior aku yang dapat 4.00…bukan nak besar2kan de..tapi nak jadikan cabaran tuk diri aku.. kalu de boleh..aku punboleh..tak kisahla de muslimin pun(tahu hakikat otak muslimin lagi terer n cekap) tapi sebagai muslimat…kita perlu tunjukkan kemampuan kita selagi tak langgar batas2 syariat..

eheh..antara petua yang diberi bila ditanya ttg kejayaannya..usaha+doa+tawakal…nampak macam sterotaip..tapi..hati aku bertanya..setakat mana usaha kita?setakat mana doa kita?setakat mana tawakal kita..?tuk diri aku..aku merasakan..ketiga2 elemen ini agak kurang..jadinya kekurangan ini perlu dipertingkatkan..tapi aku juga menilai..adakah sekadar ini sandaran tuk berjumpa Allah..pastinya bukan…dan mmg pasti..Allah tidak menilai kita berdasarkan kejayaan di dunia..tapi Allah menilai kita dengan melihat DIMNANAKAH ALLAh DIHATI KITA….ni bab yang paling sukar aku nak jawab…sbb apa..penyakit WAHAN banyak sangat…

erm apa pun..bersyukurlah ngan apa yang kita ader..dalam bab amal…lihat lah amal2 orang yang lbh alim dari kita…dalam bab harta..pandanglah orang yang rendah dari kita…insyaAllah kita akan insaf..pesanan ini selalu aku titipkan buat diri sendiri n para sahabat yang selalu dapatkan khidmat nasihat..hehehe..n satu lagi..ketinggian ilmu tu bukan terletak pada banyaknya Phd..tingginya cgpa..dan sebagainya..tetapi ia tersembunyi..lahir di muka yang suci dari qalb yang murni n kudus….so..akhir kata..sama2 kita islahkan diri..kita masih punya banyak ruang tuk islahkan diri kita..tingkatkan ilmu yang ada..dan yang paling penting sampai-sampaikan dan amalkan ilmu yang ada..itu barulah benar2 jiwa seorang insan yang kegersangan ilmu…wallahua’lam…

p/s:lama tak ke program motivasi..insyaAllah bakal bertemu sahabt2 team UC tuk sedikitperbincangan…n teruskan berusaha dan bersyukur atas segala kurnia..

p/s 2:to kak aisya,,dila..najwa..sophi..miza..jom sama2 kita tingkatkan prestasi..kurangkan tidor n men..hehehheeh

Leave a comment »

ponteng kelas?

bismillahirahmanirrahim

erm pukul 6.00 petang tadi baru sahaj habis exam Feqhdan UNGS tuk hari ini..erm usai exam,aku berjalan dengan seorang sahabat ke cafe..kawan baikku yang seorang lagi berkejar ke kelas UNGS untuk mencari pensel nya yang jatuh(maaf kak,saya pun satu ,,tak tolong ambilkan)..aku mencari tempat yang sesuai untuk berehat seketika sambil menunggu sahabatku menguruskan urusannya dengan seorang muslimin..

baru sahaj duduk..kawanku mengeluh..ruginya ponteng 3 kelas  hari ini semata-mata nak exam Feqh..tengok2 senang je..aku paham kondisi dia..sem lepas aku dah alami..5 kelas satu hari..dan waktunya bersambung-sambng..memang akan menimbulkan tekanan..aku sekadar mendengar bebelannya..selepas tu..aku pun mula berkata-kata..erm lain kali janganlah buat lagi..dulu,,saya masa sem 1 first year pnah juga buat..kononya nak bagi skor..takut la sangat ngan exam..tgk2 result tak juga gempak..mmg tak dinafikan usaha tu penting..tapi pas kejadian kat sem 1 tu,masa masuk sem2,yang duk hadap 5 kelas ,,saya dah tak buat..umi saya marah..dan saya teringat kata-kata ustazah saya..keberkatan ilmu tu kita tak tahu datang dari mana,,jadi time mengajar pandang muka guru..dan dengarlah,.,janganlah ponteng2..mungkin dengan kita hadir kelas tu..rahmat Allah datang..sbb kita kene ingat..kita tuntut ilmu sbb nak keberkatan dan rahmat Allah..

aku nasihatkan dia..sesibuk mana pun kita..pandai-pandailah jaga jadual..sbb aku pun kadang2 alami benda yang sama..tapi selepas semua usaha..tinggalkan pergantungan kita pada Allah..bagi aku..exam MIS aku aritu mmg worse la setakat ni..tapi..berbalik kepada asal…aku serah jer kat Allah..yang penting aku dah usaha..aku punya sbb napa jadi terlalu letih pagi itu..semuanya kerana tanggungjwb…erm..pastu sahabatku berjanji selepas ini takkan buat lagi..kalu nak ikutkan pun..sem ni sama juga..aku banyak kelas..jadi..sekali lagi..pengalaman lepas aku gunakan..

aku teringat lagi kata–kata Sir Suhaimi masa kempen PRK baru-baru ini..erm kalau la student-student yang berkempen ni menyalurkan semangat yang sama ketika belajar kan bagus…dan ikut disiplin(ni sbb de tgk kami yang berkempen pakai tag nama calon..tapi tag sendiri tak pakai)..jauh di sudut hati..tapi dalam keadaan terdesak..mungkinlah relevan poteng kelas..

erm..asenya tu ja kot ..nak coretkan sebagai nasihat..berpeganglah dengan masa..dan uruskan diri dan masa kita sebaik..itu adalah jalan kejayaan bagi orang mukmin selain dari usaha,strategi,dan doa pastinya…

p/s:teringat zaman sekolah..bila tiba MASKAN atau apa-apa program melibatkan syarahan.pidato,netball..aku dan sahabt-sahabt mula la jadi kaki ponteng…sesuka hati sahaja..hhehehee..tapi tabiat tu da tak buat dah kat U…

________________________________________________________

Comments (1) »

Etika hidup Muslim 3

Membaca Al Quran

 

1. Sebaiknya orang yang membaca Al-Qur’an dalam keadaan sudah berwudhu, suci pakaiannya, badannya dan tempat-nya serta telah bergosok gigi.

2. Hendaknya memilih tempat yang tenang dan waktunya  karena hal tersebut lebih dapat konsentrasi dan jiwa lebih tenang.

3. Hendaknya memulai tilawah dengan ta`awwudz, kemudian basmalah pada setiap awal surah selain selain surah At-Taubah. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Apabila kamu akan mem-baca al-Qur’an, maka memohon perlindungan-lah kamu kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk”. (An-Nahl: 98).

4. Hendaknya selalu memperhatikan hukum-hukum tajwid dan membunyikan huruf sesuai dengan makhrajnya serta membacanya dengan tartil (perlahan-lahan). Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Dan Bacalah Al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan”. (Al-Muzzammil: 4).

5. Disunnatkan memanjangkan bacaan dan memperindah suara di saat membacanya. Anas bin Malik Radhiallaahu anhu pernah ditanya: Bagaimana bacaan Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam (terhadap Al-Qur’an? Anas menjawab: “Bacaannya panjang (mad), kemudian Nabi membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sambil memanjangkan Bismillahi, dan memanjangkan bacaan ar-rahmani dan memanjangkan bacaan ar-rahim”. (HR. Al-Bukhari). Dan Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam juga bersabda: “Hiasilah suara kalian dengan Al-Qur’an”. (HR. Abu Daud, dan dishahih-kan oleh Al-Albani).

6. Hendaknya membaca sambil merenungkan dan meng-hayati makna yang terkandung pada ayat-ayat yang dibaca, berinteraksi dengannya, sambil memohon surga kepada Allah bila terbaca ayat-ayat surga, dan berlindung kepada Allah dari neraka bila terbaca ayat-ayat neraka. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pela-jaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shad: 29). Dan di dalam hadits Hudzaifah ia menuturkan: “……Apabila Nabi terbaca ayat yang mengandung makna bertasbih (kepada Allah) beliau bertasbih, dan apabila terbaca ayat yang mengandung do`a, maka beliau berdo`a, dan apabila terbaca ayat yang bermakna meminta perlindungan (kepada Allah) beliau memohon perlindungan”. (HR. Muslim). Allah berfirman yang artinya: “Hendaknya mendengarkan bacaan Al-Qur’an dengan baik dan diam, tidak berbicara. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Dan apabila Al-Qur’an dibacakan, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu men-dapat rahmat”. (Al-A`raf: 204).

7. Hendaklah selalu menjaga al-Qur’an dan tekun mem-bacanya dan mempelajarinya (bertadarus) hingga tidak lupa. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda: “Peliharalah Al-Qur’an baik-baik, karena demi Tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, ia benar-benar lebih liar (mudah lepas) dari pada unta yang terikat di tali kendalinya”. (HR. Al-Bukhari).

8. Hendaknya tidak menyentuh Al-Qur’an kecuali dalam keadaan suci. Allah Subhannahu wa Ta’ala telah berfirman yang artinya: “Tidak akan menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan”. (Al-Waqi`ah: 79).

9. Boleh bagi wanita haid dan nifas membaca al-Qur’an dengan tidak menyentuh mushafnya menurut salah satu pendapat ulama yang lebih kuat, karena tidak ada hadits shahih dari Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam yang melarang hal tersebut.

10. Disunnatkan menyaringkan bacaan Al-Qur’an selagi tidak ada unsur yang negatif, seperti riya atau yang serupa dengannya, atau dapat mengganggu orang yang sedang shalat, atau orang lain yang juga membaca Al-Qur’an.

11. Termasuk sunnah adalah berhenti membaca bila sudah ngantuk, karena Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda: “Ápabila salah seorang kamu bangun di malam hari, lalu lisannya merasa sulit untuk membaca Al-Qur’an hingga tidak menyadari apa yang ia baca, maka hendaknya ia berbaring (tidur)”. (HR. Muslim).

(Dikutip dari Judul Asli Al-Qismu Al-Ilmi, penerbit Dar Al-Wathan, penulis Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, versi Indonesia Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari)

Leave a comment »

Jadual Bulan Ini

1/3:baca buku exam+muhasabah+teks pidato sekolah

2/3:exam Feqh 4 econ 2+siapkan report BM

3/3:baca buku exam+baca report digi+Quiz CA

4/3:exam ungs+buat report digi+meeting mrc+any report

5/3:report mktg+masterplan+report CA

6/3:kelas ganti CA..jgn lupa datang..+kelas+hantar report CA

7/3:balik umah..kakak jemput..umi dah bising..heheheheh

8/3:rancang nak berjalan2 ngan maahadian

9/3:balik UIA

10/3:meeting+buat report ungs+BM

11/3:report Feqh

12/3:baca buku..final CCDS

13/3:buat report feqh+final touch

14/3:final ccds kot

15/3:siapkan report BE+ungs

16/3:present CA,UNGS+Intelectuall talk

17/3:study mode

18/3:study mode+siapkan report

19/3:study mode+report

20/3:study mode+report

21/3:study mode

22/3:study mode

23:study mode

24:present mktg+Quiz CA

25:revise report BE

26:hantar report

27:study mode

28:study mode

29/3:study mode

30/3:study mode

31/3:study mode

huhuhuhu musim exam nak mula dah ..antara yang awal berjuang..

3/4:business ethics

4/4:bahasa melayu perniagaan

5/4:ungs 3

6/4:marketing

8/4:feqh 2

15/4:company accounting

17/4:management information system..

so selamat berjaya buat sahabat-sahabat dan diriku..moga short term plan dapat digapai seterusnya menjadikan long term plan realiti..bukan fantasi…hehehehehh

EXAM MODE..*_*

Leave a comment »

^_^Asam Garam,Masam masin^_^

Bismillahirrahmanirrahim

 

Erm sudah lama tak update blog..Ya Allah..aku tidak tahu apa penyebab kondisi hati ku jadi begini..

aku merenung jauh ke dalam diri..

noda-noda hitam masih bersisa.

.hati…

kau belum suci..

maksiat,dunia.syaitan masih sahabatmu..

tuhanku..

aku rindu pada belaian kasihMu..

sungguh…aku jauh …

nafsu jadi ikutan mu..

dimana jalan lurus di hatimu?

Adakah sekadar hiasan luaran?

Oh Tuhan yang Maha Pemurah..

Ampuni aku..

Aku tidak segagah khalifah yang lain di muka bumi ini

Aku kalah..aku tewas..

Imad

7.25ptg

Mahallah Asma

 

Ya allah aku tak tahu sangat gane nak tempuh hidup ni..bukan aku berputus asa…tapi masalah aku..dalam sebulan lebih 2 3 kali aku down..abnormal btul….mungkin sbb kesilapan silam terus hantui hidup menyebabkan aku jadi cam ni…

Atau pun mungkin sebab aku terlampau sibuk dalam sehari-hari..bila hujung minggu,aku agak lapang..bila muhasabh..aku akan jadi gini..erm mungkin juga..

Ramai tanya..napa amik banyak subjek..nak cepat nikah ke?erm napa ade sangkaan gitu ek?hakikatnya..aku punya rencana lain dalam hidup ni.banyak lagi yang aku kejar..kerana untuk menjadi apa yang aku impikan perlukan masa yang panjang..erm agaknya sempat tak aku habiskan sumer rencana tu dalam masa 8 tahun ek?Moga Allah membantu…moga hati ini juga teguh…

Erm tak lama lagi..tenure baru MRC akan bermula..aku masih memikirkan untuk kekal atau meninggalkannya..sumernya terpulang pada semester 3 nanti..kalu dapat subjek..sah2 aku tak sambung….hehehe..nak gi praktikal la plak…

Erm sebelum tutup citer..kepada kawan2 sumer..jagalah hati,,jagalah diri..jangan jadi cam aku..jadi hamba allah yang soleh n solehah…aku cuba tuk jadi baik walaupun aku tak baik pun…doakan aku jadi muslimah yang baik…wassalam

Comments (1) »

Semangat Palestin

Untuk makluman sahabat-sahabat,artikel ini diperoleh daripada sahabat YM n ukhwah.com (khairul bariyyah) yang menghadiri Malam Intifadah Palestin Dana Kemanusiaan Satu juta untuk GAZA…tahniah buat saudari dan syukran sudi berkongsi dengan ana dan sahabat -sahabat lain yang mungkib menjengah blog yang serba kekurangan ini.Jadi tanpa perlu ana membebel panjang lagi,mari kita sama-sama hayati perkongsian dari sahabat kita ini.

_____________________________________________________________________

PART 1

Sesuatu yang benar-benar menyentuh hatiku adalah apabila dikhabarkan tentang perjuangan Syeikh Ahmad Yasin, penggerak Hamas yang syahid di tangan zionis. Apa yang lebih menyayatkan adalah peristiwa pembunuhan as-syahid Syeikh Ahmad Yasin ini(2004). Betapa kejam dan zalimnya puak zionis ini yang melancarkan roket peluru dari udara ke atas seorang pejuang Fisabilillah yang telah lumpuh, tidak mampu berjalan malahan tidak mampu melawan sehabis kudrat lagi. Sedangkan mereka mampu membunuhnya dengan hanya menembak atau menggunakan rifel. Betapa kejinya tindakan musuh Allah itu.

 

Pemergiannya sudah tentu dalam rahmat Allah, kerana janji Allah adalah para syuhada ini tidak mati kerana mereka sebenarnya hidup! Hidup dalam limpahan rezeki yang Maha Esa.

 

Zionis menyangka dengan terbunuhnya pejuang Islam itu, maka akan mati lesulah pergerakan Hamas. Hamas akhirnya berjaya memenangi pilihanraya mengalahkan pimpinan boneka Israel & Amerika, Fatah.

________________________________________________________________________

 

PART 2

Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..?

 

Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan,

 

“Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,”

 

Duhai sahabatku,

 

Mereka di sana mati berdiri, mereka berjuang biarpun habis batu dan kayu mereka lemparkan! Walaupun dengan hanya itu yang mereka mampu lakukan.

 

Duhai sahabat,

 

Sungguh apakah pemuda-pemuda kita mampu lakukan seperti apa yang yang mereka juang-juangkan itu, malahan kita sendiri(ana sendiri), adakah kita bersedia bergerak gempur menghadapinya; berada di tempat mereka?

 

Bumi yang mereka juangkan itu adalah milik kita, umat Islam! Maka apakah kita langsung tidak terkesan sehinggakan kita berpaling daripada mendoakan saudara kita di Gaza?

 

Duhai sahabatku,

Cukuplah tulusan doamu semoga pertolongan Allah datang kepada mereka dan menghancurkan puak-puak yang melampaui batas.

 

Pada bila-bila masa mereka boleh dibedil oleh peluru pelancar roket Zionis tanpa sesiapapun dapat menduga.

 ____________________________________________________________________

Part 3

Zionis mengepung dan sekatan demi sekatan dibuat. Sejak 20hb Januari 2008 pula seluruh Gaza bergelap di malam hari. Bekalan elektrik diputuskan. Maka dapatkah di bayangkan apabila ada ibu yang mahu bersalin, mesin pengepam yang tidakdapat berfungsi dan segala bentuk mesin tergendala di malam hari. Ini benar-benar mahu membunuh bukan?

 

Apakah ini makna perjuangan mereka, membunuh dan terus membunuh tanpa meninggalkan saki-baki pewaris Islam di Gaza???

 

Wahai sahabatku,

Jika itu makna perjuangan mereka, maka maknanya mereka menentang kita juga(umat Islam) seluruhnya! Adakah dengan itu kita masih lagi tidak terkesan? Jiwa kita masih keras tanpa belas kasihan kepada rakyat Palestin di sana?

 

Di kiri dan kanan mereka adalah pendudukan Israel, di hadapan mereka lautan yang di kawal ketat oleh Angkatan Laut Israel dan di belakang mereka adalah satu-satunya sempadan kawasan yang di kawal ketat oleh saudara seagama sendiri. Kerajaan boneka yang memerintah tanpa ada rasa sakit melihat saudara seagama sendiri tidak membenarkan penduduk Gaza melepasi sempadan malahan kawasan itu di kawal ketat agar tiada seorang pun terlepas atau dilepaskan.

 

Alahai apalah nasib…

Mereka(penduduk Gaza) bukanlah mahu memohon suaka politik atau merayu pertolongan kepada pemerintah negara yang menjadi pak turut Amerika & Zionis itu. Tetapi mereka hanyalah mahu mencari sesuap roti untuk diisi kerana perut yang kekosongan.

 

Tahukah sahabatku…

Sampaikan saudara kita di Gaza itu terpaksa mencabut rumput-rumputan yang ada di bumi Gaza; direbus; untuk mengisi perut yang kelaparan dan meneruskan perjuangan mereka.

 

 _______________________________________________________________________

 Part 4

Saat saudara kita di Gaza diserang dan dibunuh kejam Zionis, di ambang Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi namun apakah keprihatinan pemimpin-pemimpin negara Islam..?

 

Usah dikatakan negara orang, negara kita sendiri masih lagi meneruskan hiburan dan konsert sambutan Tahun Baru Masihi…

 

‘Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa…’

 

Itulah yang sepatutnya kita rasakan….

 

Apakak kita tidak boleh lakukan….?

Sedangkan pemimpin Dubai yang telah merancang sambutan Tahun Baru Masihi tetapi membatalkan sambutan tersebut kerana berasa ‘sakit’ juga di atas perbuatan Israel itu.

 

Di mana pemimpin Islam sedangkan Gaza itu sendiri dikelilingi negara-negara Islam?

 

Aduh..sungguh hati ini sedih kerana ketidakmampuan diri sendiri dan keramaian umat Islam itu hanyalah bersifat (alWahnu-cintakan dunia dan takutkan mati). Kita hanyalah bagaikan buih selepas banjir!

 

Bak yang disebut oleh Ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com):

Sudah dinyatakan dalam al-Quran tentang ciri-ciri beberapa golongan yang hidup di zaman ini, dibumi ini.

 

Kini yahudi telah menjadi Yahudi Sejati, orang-orang Kristian telah menjadi Kristian Sejati, Nasrani juga Nasrani Sejati tetapi kita muslim; Adakah Muslim Sejati…..?

 

è  Inilah yang kudapat, kuharap kita juga sama-sama dapat, dan sahabat-sahabat kita semua juga sudah dapat ; Sudah mendapat walaupun secebis kesedaran kerana sesungguhnya isu Palestin inu bukanlah isu politik atau ekonomi kerana hal ini sebenarnya tentang AKIDAH kita sendiri. Semoga Allah memberkati.

 

Dr. Hafidzi Mohd Nor memberitahu dalam ceramahnya, ada sedikit nasihat yang di bawa untuk kita di sini oleh seorang ulama’ di tanah Palastin, Syeikh al-Maudida buat bekalan  kita semua.

 

Ingatlah kamu wahai pemuda-pemudi Islam akan tiga perkara ini:

  1. BerTAQWAlah kamu kepada Allah.
  2. Berjalanlah kamu di jalan orang-orang yang soleh, yang ikhlas dalam perjuangannya dan di jalanNya.
  3. Sesungguhnya di mahsyar nanti kamu pasti ditanya oleh Allah azzawajjalla;

‘Apakah yang telah kamu lakukan untuk mempertahankan Palestin, tanah yang letaknya Masjidil Aqsa itu..’

Perjuangan ini bukanlah perjuangan mereka sahaja, tetapi perjuangan kita semua, umat Islam seluruhnya!

********************************************************************************

semoga kita dapat menghayati dan menerbitkan rasa keinsafan didalam diri kita.Disamping itu,sebagai tambahan daripada saya,sama-samalah kita mengamalkan Qunut nazilah sebagai bantuan dari kita untuk saudara-saudara kita di Palestin.

 

Khaibar khaibar ya yahud

Jaisyu Muhammad saufa ya’ud.

Allahuakbar!!!

Leave a comment »

Qalbu

alhamdulillah..arini nak bercerita mengenai hati..iaitu tempat jatuhnya pandangan Allah pada hambanya….

bukan apa…sehari dua dalam tahun baru hijrah..bila muhasabah diri,terasa hati ini tersangat kotor nak dibandingkan dengan orang lain.Puas berfikir untuk mengatasinya,tapi azam yang sangat kuat diperlukan.

Bercerita tentang hati,teringat kata-kata ustazah dulu,setiap kali satu maksiat yang kita buat,maka akan timbullah titik hitam di hati kita yang akhirnya akan menjadi sarang syaitan Laknatullah.Ya Allah..kalau nak ikutkan senarai maksiat sangat banyak dan yang paling teruk,melupakan Allah walaupun sesaat.Aku terkedu.Bagaimana keadaan diri ana dan kita semua?Tanyalah hati kita.Bagi saya sendiri,untuk menjaga lidah dari bercakap perkara yang sia-sia kadang-kadang agak susah.Menjaga pandangan,menjaga tingkah laku dan sebagainya.Banyak taklif yang belum terlaksana nampak gayanya.

erm…satu lagi tentang tompok hitam di hati,teringat modul usrah bagi group saya masa di Maahad Ahmadi,kami diminta menyenaraikan dari sekecil-kecil dosa,kesalahan,maksiat yang dilakukan,dan naqibah mengarahkan membahagikan dosa tersebut kepada dosa besar dan dosa kecil.Bagi dosa besar,bulatan hitam berdiameter 1.5cm perlu dilukis diatas kertas yang telah dilukis bentuk hati.Manakala bagi dosa kecil,bulatan hitam berdiameter 0.75 cm perlu dilukis diatas kertas yang sama.Usai melukis,naqibah mengarahkan kami memerhatikan gambaran hati kami.Alangkah sedihnya hati,tompok putih yang tinggal tidak sampai beberapa cm.Hadir keinsafan dalam diri.Selepas itu,naqibah mengarahkan untuk kami melabelkan kesalahan tersebut kerana kertas tersebut akan diserahkan kepada naqibah.Tindakan susulan terhadap pelajar yang agak kritikal akan diambil.Hati sayu melihat ‘gambaran’ hati adik-adik dan diri.Sesi sharing moment pun bermula.masing-masing mengalirkan air mata apabila mendengar masing2 bercerita tentang ibubapa.Dan kami diminta menuliskan surat terhadap ibu bapa.Pecah kolam air mata muslimat-muslimat sekali lagi.Hatiku benar-benar sayu.kami sudahi usrah kami dengan zikir taubat dan sebagainya.

Dari kisah di atas,saya terfikir,layakkah kita untuk berdiri  di  syurga Allah dan mendapat syafaat Rasul pada hari Qiamat setelah sekian banyaknya dosa dan maksiat?Air mata mengalir.Sedih mengenang nasib diri.Atas sebab itulah kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan yang mampu menahan diri kita dari tergelincir ke neraka ketika melalui titian sirat.

Ya Allah kerdilnya diri ini..

Sahabat-sahabat,

marilah sama-sama kita mengubah diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik,bersedia untuk menjadi mujahid-mujahidah untuk Islam dan istiqomah dalam setiap perbuatan.Bagi para mujahid-mujahidah,lazimilah dirimu dengan solat-solat sunat dan amalan sunat kerana itulah sumber kekuatanmu selain dari yang engkau pohon.

sahabat,

oleh itu saya merasakan,modul di atas juga sesuai untuk memuhasabah diri kita semua.

sekian dari saya.

Leave a comment »

‘utlah towilah

Bismmillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah,setelah melalui rehat yang panjang..kini saya menulis kembali.erm bagaimana cuti panjang antum semua(bagi penuntut-penuntut di mana pusat pengajian tinggi)?adakah terisi dengan perkara berfaedah? Dan seharusnya aktiviti tersebut mampu  mendekatkan diri kepada Allah SAW.

Orientasi

Pada cuti sem kali ini,saya terpaksa menjadi antara yang terlewat pulang ke kampung halaman kerana kertas peperiksaan terakhir saya habis pada hari terakhir peperiksaan.Pada masa ini juga lah saya terpaksa berulang alik dari rumah ke Kuala Lumpur untuk menguruskan beberapa perkara yang masih tertangguh dan menghadiri program orientasi wajib untuk saya.Pada mulanya,diri ini agak keberatan kerana saya amat teringin untuk mengikuti sahabat-sahabat ke negeri serambi mekah.Namun kita merancang,allah juga merancang.

Banyak perkara dipelajari

Sungguh,saya rasa tidak selesa untuk menghadirkan diri ke program tersebut seorang diri,namun apakan daya,saya terpaksa.Walaupun hati berat untuk pergi,tapi sebagai melunaskan tanggungjawab,saya pergi juga.Saya tahu kelemahan saya disana nanti.Saya gugup.Saya tahu,saya pasti akan menjadi peserta paling diam(walaupun hakikatnya saya tidaklah begitu) kerana medium perantaraan/bahasa yang akan digunakan ialah bahasa Inggeris.lemah sungguh asenya.Namun apabila mula menyertainya,rasa rendah diri mula kurang tapi saya juga tidak meyumbang apa-apa dan tidak aktif.Hakikatnya,banyak yang saya pelajari dalam menjadikan kita insan yang lebih baik lagi.Antaranya,untuk menjadikan kita ghalib dengan sesautu perkara,kita perlu mengamalkanya selama 21 hari.ini dipetik dari kata-kata orang barat.saya akui.Kerana Agama islam juga begitu,menganjurkan umatnya mengulangi perbuatan tersebut hinggalah ia menjadi darah daging atau dalam erti kata lain,sebati dan kebiasaan terhadap diiri.Sebagai contoh,pelaksanaan puasa selama 30 hari pada bulan Ramadhan sepatutnya menjadi sekolah tarbiah terbaik untuk umat islam dalam menjalani kehidupan seharian.Memperbanyakkan amalan sedekah ,solat dan sebagainya.

Tertinggal handphone.

Namun bagi saya,perkara yang turut mendidik saya adalah kejadian yang Allah aturkan ini.Saya pergi ke kursus tersebut tanpa membawa sebarang alat perhubungan.Kejadian ini berlaku tanpa saya sedari.Disebabkan kes ini,saya perlu melatih diri saya berkomunikasi dengan kaum lain,menepati masa dan yang paling susah untuk saya amalkan sebelum ini,memberi tumpuan kepada lecture(kami mmg diarahkan untuk switch off hp,tp saya lg best la,tak bawa langsung,tak yah piker papa).Saya akui,pengalaman tertinggal hanphone ini menjadikan saya sedikit lupa dengan alat komunikasi ini selepas pulang dari kursus.Yang paling saya syukuri kehadrat Allah,saya sudah mampu berenggang dgn Hp.hehehe…selain daripada itu,ia mampu membentuk sikap saya untuk meneruskan pengajian saya tanpa menghiraukan sebarang gangguan.(FOKUS)

Mengajar

Erm selain dari tu,selepas habis berkursus,saya diminta untuk menjadi guru tusyen kepada anak pelanggan umi saya.saya agak keberatan.tapi umi saya mengingatkan saya,jika kita memudahkan urusan orang lain..insyaallah allah akan memudahkan urusan kita tanpa kita sedari.Oleh itu,sepanjang bulan 12,saya menjadi guru tusyen persendirian.Dari pengalaman ini juga banyak mengajar saya erti kesabaran n yang paling penting,sebagai satu praktis yang baik untuk saya  dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar.Hal ini kerana,ia menjadi satu motivasi yang berkesan buat diri.kenapa?sebab saya mengajar orang lain untuk menjadi cemerlang dan peka pada alam sekeliling.jadi saya harus melakukan apa yang saya katakan.

Pengalaman guru terbaik.

Saya teringat lagi pesanan pak leh,’everything is  created twice’.dari segi ayat Nampak macam tidak selari dengan quran.tapi apa yang ditafsirkan ialah,setiap pemikiran ialah satu perkara yang berlaku dan sudah semestinya boleh diperbaiki untuk kali kedua dan seterusnya kerana ‘THOUGHT ARE THINGS’.Dan satu lagi,take a problem as aopportunity.kerana dari masalah tersebut kita membuka kepada lebih banyak perhatian dan kajian atau jawapan.Semestinya ia akan menjadi guru yang baik dalam menjalani kehidupan kita.Saya sendiri mengakui,daripada masalah yang kita hadapi,sebenarnya ia menjadikan kita lebih matang dan berserah kepada Allah.

Salam maal hijrah n tahun baru

Ermm dah panjang bebel..oklah sempena kedatangan bulan muharam ini,sama-samalah kita berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dan mendapat naungan Allah di hari kiamat.pesanan saya untuk diri dan sahib-sahabt,hidupkanlah bulan muharam ini seperti mana kita hidupkan bulan ramdhan.disebaliknya begitu banyak kasih dan rahmat Allah.Moga kita sama-sama menjadi hamba allah yang soleh,solehah dan bersedia menghadapi hari kiamat pada bila-bila masa.

Dan ingatlah firman Allah mafhumnya

allah tidak akan mengubah nasib sesiuatu kaum itu,kecuali mereka mengubah nasib mereka”

 

Aquliqaulihaaza waastarghfiruallah al ‘azim li walakum,walisaairilmuslimin wa muslimat..wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Leave a comment »

Peniaga berkualiti..penggerak ekonomi Islam…

 
RASULULLAH s.a.w. memiliki akhlak dan budi pekerti mulia yang disanjung tinggi. Umat Islam disarankan agar mencontohi sikap Baginda yang amanah dan jujur terutama dalam urusan perniagaan. Bahkan Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa perniagaan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t.. “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperoleh) melalui perniagaan,” sabda Rasulullah dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi.

Keadaan pada hari ini jauh berbeza. Orang Islam yang menceburi bidang perniagaan masih lagi ketinggalan terutama dari segi prasarana dan modal.

Sebagai orang Islam, kita harus kembali kepada kekuatan ekonomi yang merupakan penggerak utama kemajuan ummah. Dengan segala kemudahan infrastruktur dan pembangunan modal insan yang ditawarkan, generasi muda Islam harus bangkit ‘menawan’ sistem ekonomi yang pada masa kini dimonopoli pihak-pihak tertentu. Pensyarah Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Sidek Baba berkata, ekonomi Malaysia berada pada landasan terbaik kerana ia berupaya menawarkan model kewangan dan

perbankan Islam yang boleh diaplikasikan ke negara-negara Islam yang lain. Selepas 20 tahun sistem kewangan dan perbankan Islam diperkenalkan, ia telah menunjukkan penglibatan orang bukan Islam yang membanggakan. Ini memperlihatkan muamalat Islam semakin diterima oleh pelbagai peringkat masyarakat.

“Tenaga muda Islam perlu bijak mengambil peluang dalam bidang perniagaan dan keusahawanan kerana penglibatan mereka masih belum memberangsangkan. Untuk itu, mereka dilatih dengan ilmu-ilmu perniagaan dan didedahkan dengan dunia ekonomi, pasaran saham dan kewangan hinggalah ke peringkat global,” katanya dalam temu bual dengan Utusan Malaysia baru-baru ini.

 

Jihad perniagaan

Di Malaysia, kerajaan menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik. Apa yang perlu dibentuk ialah sikap pelajar Islam khususnya dalam menjadikan ilmu ekonomi, pengurusan, perakaunan dan perniagaan sebagai satu ‘jihad’. Cita-cita untuk makan gaji sebaik sahaja menamatkan pengajian di menara gading perlu dikikis.

Peranan universiti yang menyediakan asas, ilmu dan keterampilan boleh dikembangkan secara kreatif dan inovatif supaya graduan muda boleh memulakan bidang keusahawanan yang peluangnya terbuka luas di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

“Sekiranya ini berlaku, ia bakal mencapai program pembangunan untuk orang-orang Islam di negara ini supaya wujud ekuiti yang munasabah. Nabi Muhammad s.a.w. telah berikan asas bahawa 9/10 punca rezeki daripada sumber perniagaan. Generasi muda Melayu perlu mengubah mentaliti mereka untuk menyahut seruan kerajaan,” ujar Sidek.

Pada masa kini, hampir kesemua universiti menawarkan kursus tentang ekonomi, pengurusan, kewangan dan perbankan tetapi tidak ramai lulusan universiti yang terlibat dengan perniagaan kerana mentaliti mereka yang terlalu bergantung kepada makan gaji.

Kata Sidek, bagi membuka ruang minda mereka mengenai realiti dunia perniagaan, pendedahan kepada praktikal dalam sektor industri termasuk industri kecil dan sederhana (IKS) amat diperlukan. Ini penting untuk membentuk minat mereka sebelum terjun ke bidang keusahawanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) baru-baru ini memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan menekankan pembabitan bumiputera dalam IKS dan perusahaan peringkat tinggi. Dalam teras ketiga bagi mencapai Misi Nasional, dalam menangani isu ketidaksamaan sosioekonomi masyarakat, kerajaan akan memperhalusi dan memperkemas strategi berdasarkan keterbukaan ekonomi global dan berlandaskan pengalaman yang telah dipelajari.

“Graduan dan tenaga muda Islam serta ahli perniagaan perlu mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan. RMK-9 membuka lebih banyak kemudahan kepada usahawan bumiputera untuk bergerak aktif dalam pelbagai sektor dan industri,” ujar beliau merujuk kepada pelan nasional dalam RMK-9.

Mengenai cabaran dalam sistem pasaran terbuka, Sidek berkata, setiap ahli perniagaan tidak akan terlepas menghadapi persaingan sama ada secara sihat ataupun tidak. Mereka yang terlatih perlu bijak berhadapan dengan

ancaman-ancaman demikian kerana ruang ekonomi berasaskan Islam terbuka luas di negara ini.

Di UIAM pembinaan modal insan berlandaskan kepada dua sektor iaitu ilmu ekonomi dan kewangan dan pada masa yang sama pelajar diajar tentang muamalat Islam. Modul ini akan berkembang dan menyumbang kepada pelbagai sektor dan industri. Dengan matlamat jangka masa panjang untuk ‘mengislamkan’ sektor ekonomi di Malaysia, para penggerak ekonomi Islam harus memiliki sifat amanah dan menjadikan institusi kewangan sebagai contoh agar bidang perniagaan mampu bersaing hingga ke peringkat global.

“Kita perlu melihat beberapa negara yang tidak ada kekayaan hasil bumi tetapi mampu menghasilkan modal insan berkualiti. Tidak kurang juga ada yang cuba membawa berbilion wang orang Arab ke negara mereka untuk mengasaskan sistem kewangan Islam. Jika sebuah negara sekular berminat kepada sistem ekonomi Islam, tidak mustahil sistem kewangan rantau ini mampu bertukar kepada sistem berasaskan syariah,” kata Sidek. Tegasnya, ia menunjukkan betapa kukuhnya sistem kewangan dan perbankan Islam hingga menarik perhatian pemimpin negara bukan Islam.

Selain isu modal yang sering menghantui usahawan Melayu-Islam, beberapa masalah turut dikenal pasti terutama membabitkan sektor pengeluaran dan pemasaran. Misalnya, pengeluaran hasil pertanian masih lagi dikuasai oleh bukan bumiputera.

Pihak kerajaan yang membimbing usahawan Melayu perlu memberikan perhatian kepada peniaga di pasar-pasar malam. Selama bertahun-tahun mereka hanya memasarkan barang orang lain sedangkan mereka berupaya untuk mengeluarkan produk sendiri. Walaupun berniaga secara kecil-kecilan, ia mampu berkembang jika usaha untuk membimbing mereka dilaksanakan.

 

Kualiti produk

Kelemahan peniaga Melayu juga berpunca daripada sikap mereka yang kurang menjaga kualiti produk, mengabaikan aspek kebersihan dan tidak memantau kualiti makanan.

“Pada hari ini, isu halal menjadi topik utama yang dibahaskan. Dalam konteks ini, kita membiarkan orang lain mengusahakan perniagaan berasaskan makanan dan mengeluarkan produk sendiri. Konsep halal adalah kekuatan ekonomi orang Islam tetapi kita memilih untuk menjadi pengguna. Masalah tidak akan timbul sekiranya kita yang mengeluarkan produk sendiri,” tegas beliau.

Berdasarkan sejarah, salah satu strategi Rasulullah s.a.w. untuk memecah monopoli Yahudi dalam ekonomi dan perniagaan di Madinah ialah dengan membuka sebuah pasar bagi saudagar-saudagar Muslim. Sifat berdisiplin dan jujur yang ditunjukkan oleh para peniaga Muslim di pasar Madinah akhirnya berjaya melemahkan monopoli ekonomi peniaga Yahudi di pasar Qaynuqa’ yang penuh dengan riba dan penipuan. Malah boleh dikatakan sifat jujur dan amanah para saudagar Islam merupakan antara faktor utama tersebarnya Islam ke seluruh pelosok dunia.

Dalam konteks membina modal insan, graduan yang menamatkan pengajian universiti harus menanam azam dan tekad untuk melibatkan diri dalam perniagaan walaupun bermula secara kecil-kecilan. Di samping itu, mereka perlu sentiasa berusaha untuk membesarkan perniagaan dan bersaing dengan proaktif.

“Tidak ada orang yang dilahirkan kaya. Semua jutawan bermula dari bawah tetapi mereka tidak pernah putus asa dan melakukan kerja sekadar hangat-hangat tahi ayam. Selain itu, kita perlu mencontohi sikap usahawan bukan bumiputera yang bersatu padu dan tidak membunuh antara satu sama lain,” nasihat Sidek.

Leave a comment »

malapetaka ekonomi krn RIBA….

sumber..utusan

 

SEPANJANG minggu lalu, media massa antarabangsa sibuk melaporkan kemungkinan krisis besar ekonomi bakal melanda gergasi ekonomi dunia Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu laporan, Ben Bernanke iaitu bos tertinggi institusi mengawal selia sistem ekonomi dan kewangan AS (Federal Reserve), menjangkakan tahun 2008 bakal menyaksikan tahun terburuk sejarah ekonomi AS.

Kekalutan ekonomi AS yang bermula dengan krisis hutang perumahan subprima yang mencecah kerugian ratusan bilion dolar tampak semakin meruncing hingga merencatkan pertumbuhan ekonomi negara itu. Untuk makluman, hutang subprima ialah hutang perumahan yang diberikan pihak bank kepada golongan peminjam yang tidak mempunyai kelayakan kewangan yang baik.

Lazimnya bank hanya memberikan pinjaman berpandukan kriteria kelayakan kredit yang ketat seperti status kewangan peminjam dan sejarah pembayaran balik hutang yang positif. Namun, kerakusan mengaut keuntungan melalui urus niaga jual-beli hutang di pasaran tempatan dan antarabangsa merangsang institusi kewangan mempermudahkan pengeluaran pinjaman perumahan termasuklah kepada golongan yang tidak layak.

Hutang

Hutang-hutang daripada pembiayaan perumahan ini kemudiannya diperdagangkan di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan menawarkan pulangan lumayan kepada para pelabur. Apatah lagi jika yang menjual sijil-sijil hutang ini adalah dari kalangan bank-bank ternama AS. Penyimpangan persepsi bahawa bank-bank AS tidak mungkin rugi juga meningkatkan kepercayaan pelabur untuk membeli sijil-sijil hutang subprima yang berkualiti rendah ini.

Namun keadaan ini tidak bertahan lama. Peningkatan hutang lapuk lantaran kegagalan peminjam melunaskan hutang mencetuskan pelbagai lingkaran masalah dan kesan-kesan negatif lain. Pelabur-pelabur yang rakus mengaut keuntungan daripada pembelian sijil hutang subprima ini tidak terkecuali daripada mengalami kerugian besar.

Natijahnya, kita lihat betapa seriusnya krisis hutang subprima ini sehingga menimbulkan malapetaka yang maha hebat bukan sahaja ke atas ekonomi AS bahkan terhadap ekonomi dunia. Peningkatan harga minyak yang mencecah AS$100 setong kerana kemerosotan mendadak nilai dolar akibat krisis ekonomi ini turut memberi kesan kenaikan harga pasaran komoditi dunia yang lain.

Pengguna seperti kita juga tidak ketinggalan merasai bahang kejatuhan ekonomi AS dengan peningkatan mendadak harga barang kegunaan asas termasuklah kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah.

Tidak sukar menelah punca kepada segala malapetaka ini. Malah bekas Pengerusi tersohor bank pusat AS (Federal Reserve) iaitu Alan Greenspan telahpun menjangkakan malapetaka ini dalam bukunya yang baru diterbitkan bertajuk The Age of Turbulence.

Sesungguhnya malapetaka ekonomi yang sedang melanda ini merupakan suatu natijah daripada kebobrokan sistem kapitalis berasaskan manipulasi kadar faedah atau lebih tepat lagi ekonomi berasaskan riba. Kerakusan manusia mengeksploitasi sistem kewangan antarabangsa termasuklah pelbagai keuntungan atas angin yang diperoleh melalui spekulasi ke atas kadar faedah menambahkan lagi masalah ekonomi yang sedia parah.

Hakikat

Menyedari hakikat inilah, Islam sejak dari awal lagi mengharamkan urus niaga ekonomi berasaskan riba yang amat terkait dengan unsur-unsur ketidakadilan, penindasan dan ekploitasi. Sistem ekonomi kapitalis berorientasikan riba dan manipulasi kadar faedah ini merangsang kegiatan mencari untung atas angin yang kadangkala tidak terkait dengan sektor pengeluaran mahupun perkhidmatan sebenar yang disebut istilah ‘real economy’.

Malah sistem ekonomi sebeginilah yang amat sensitif kepada krisis dan manipulasi hingga boleh memudaratkan seluruh umat manusia. Sebab itulah Allah menegaskan secara khusus bahawa urus niaga berasaskan riba tidak akan sesekali mendapat barakah malah boleh membawa kepada kecelakaan dan kesengsaraan.

 

Prinsip

Dalam al-Quran disebutkan: Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. (al-Baqarah: 276)

Apa yang pasti sistem ekonomi Islam menitikberatkan prinsip keadilan dan bebas daripada unsur-unsur penindasan. Keuntungan atas angin tidak dibenarkan dalam Islam. Sebaliknya setiap keuntungan yang dijana mestilah ada unsur ‘iwad atau pertukaran nilai (counter-

values) sama ada dari segi usaha (al-kasb), risiko (al-ghurm) dan tanggungan (al-dhaman).

Sebagai contoh, apabila Allah mengharamkan riba, Dia memberi alternatif jual-beli (al-Baqarah: 275). Keuntungan yang dihalalkan melalui jual-beli (al-bai‘) ialah apabila adanya usaha kerana penjual harus membeli barangan daripada pembekal sebelum menjualnya dengan harga yang lebih tinggi daripada kos asal. Penjual juga mesti bersedia menanggung kerugian (al-dhaman) dan risiko (al-ghurm) lain sekiranya barangan yang dijual itu rosak atau tidak terjual. Inilah sebahagian daripada elemen ‘iwad yang membezakan keuntungan dalam jual beli dengan faedah berupa riba dalam kontrak hutang.

Justeru tiba masanya umat kembali kepada sistem ekonomi Islam yang bukan sahaja bebas daripada unsur riba tetapi yang lebih utama menjunjung prinsip keadilan dan kebajikan dalam urus niaga, bebas daripada sebarang penindasan dan kezaliman. Keuntungan yang diperoleh melalui jalan halal akan menambah keberkatan. Sebaliknya keuntungan atas angin melalui urus niaga riba hanya menjerumus umat manusia kepada kecelakaan.

Leave a comment »

miskin..mangsa ekonomi kapitalis…

sumber:utusan

 

 

ISU yang menyentuh dasar agihan yang adil untuk membasmi kemiskinan wujud semula ketika pelbagai subsidi dikembalikan kepada rakyat di negara ini. Keprihatinan pihak-pihak tertentu secara umumnya menggambarkan beberapa persoalan yang masih kabur tentang mekanisme pengagihan untuk membasmi kemiskinan oleh kerajaan.

Lantaran kerana kenaikan harga minyak global, subsidi sangat memberi makna kepada golongan berpendapatan rendah apatah lagi kepada mereka yang terjerumus ke dalam kancah kemiskinan.

Ini bukan soal tidak berterima kasih de- ngan rebat tunai yang diberi oleh kerajaan tetapi lebih menjurus kepada jaminan bahawa tiada siapa yang akan terpinggir dari- pada pembangunan ekonomi yang selalu dilihat memihak kepada golongan kaya.

Golongan miskin yang biasanya berpendidikan rendah terpaksa menerima kenyataan bahawa isu global memburukkan lagi kesempitan hidup mereka.

Mereka juga tidak berkemampuan dari segi kemahiran untuk menambah pendapatan isi rumah.

Kekurangan ilmu pengetahuan mengakibatkan kesukaran untuk berfikiran kreatif atau mencari mencari kaedah bagaimana meningkatkan pendapatan harian.

Dalam masa yang sama hampir saban hari media massa mendedahkan kemelut kenaikan harga komoditi. Di sana sini media membongkar keluhan dan keperitan orang awam menanggung kenaikan harga hampir semua jenis barang keperluan. Begitu juga dengan tiba-tiba terdapat juga kekurangan bekalan barangan makanan yang memaksa para pengusaha membeli dengan harga mahal daripada biasa.

Alasan streotaip yang sangat dangkal ialah apabila mengatakan semua harga barang telah naik jadi mereka terpaksa ikut pasaran.

Ketika ini juga begitu banyak kaedah untuk berjimat menghiasi akhbar menyebabkan kaedahnya menjadi isu lapuk ketika ini.

Soalnya siapakah yang perlu berjimat? Golongan kaya atau si miskin yang sering kali menjadi mangsa pasaran ekonomi kapitalis.

Dalam ajaran Islam soal menjaga kebajikan, memastikan golongan miskin mendapat hak dalam kemewahan bukan perbincangan kelas kedua atau sekadar agih semata-mata.

Tetapi mereka juga seiring dan berhak mendapat apa sahaja rebat atau subsidi dalam pelbagai bentuk. Rasulullah SAW dan para sahabat baginda telah menunjukkan bagaimana mereka meletakkan keutamaan kepada golongan miskin sebagai barisan hadapan untuk menikmati agihan kekayaan negara.

Sistem ekonomi Islam sebenarnya menjadi halangan spekulator untuk mengubah persepsi menjaga kebajikan sebagai kelas kedua dalam tingkat membawa kemajuan negara.

Adakah spekulasi menjadi faktor kenaikan harga barangan dan perkhidmatan semata-mata? Mungkin kita tidak pernah kedengaran bahawa spekulasi juga mampu menurunkan harga barangan di pasaran.

Alasan paling popular ketika pengumuman kenaikan seperti kekurangan bekalan di pasaran, permintaan meningkat dengan mendadak menjadi bahan mainan yang menjerat golongan miskin.

Maka perlunya peranan kerajaan menyerap perbelanjaan negara dengan mengurangkan subsidi bagi komoditi tertentu tetapi menanggung pula beban subsidi yang lain.

Sekarang isunya bukan lagi berkisar kepada jumlah kenaikan harga petrol tetapi lebih tertumpu berapakah kenaikan bantuan bakal dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah dan miskin.

KestabilanMaka institusi yang memfokuskan pemberian bantuan kebajikan harus berupaya mengenal pasti kelicikan pasaran ekonomi terbuka yang dicanang oleh Amerika Syarikat untuk menggugat kestabilan hidup di negara-negara Islam.

Apapun spekulasi yang bakal dicipta pada masa akan datang ia sangat menuntut persediaan institusi kebajikan untuk turut serta mengenalpasti kaedah jangka masa panjang dengan pemberian bantuan yang mampu mengeluarkan kesempitan hidup golongan miskin.

Dari sudut lain pasaran ekonomi terbuka adalah satu bentuk penjajahan untuk membinasakan sesebuah kerajaan dan menjajah negara.

Bukan sekadar untuk mengaut untung tetapi menjadi alat menguasai negara yang tidak tunduk dengan sistem kapitalis yang benci dengan unsur-unsur kebajikan dan menjaga moral rakyatnya.

Kita boleh membuat andaian berikut sekiranya gagal memastikan mekanisme agihan yang adil untuk golongan miskin:

l Kadar kemiskinan di seluruh negeri akan meningkat.

l Kuasa beli rakyat semakin berkurangan manakala para peniaga tidak mampu meraih keuntungan.

l Kerajaan akan mengalami kekuarangan hasil pendapatan melalui cukai pendapatan dan perniagaan.

l Beban kerajaan dalam memberikan subsidi semakin meningkat.

l Jurang perbezaan pendapatan individu semakin meluas.

Sistem Ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri mengutamakan kesejahteraan seluruh komuniti. Kemiskinan adalah satu perkara yang sangat kompleks, bersifat multi dimensi dan menjadi sebahagian daripada aspek pembangunan manusia.

Disebabkan itu dasar kerajaan yang mempunyai objektif membasmi kemiskinan harus jelas serta praktikal.

Selepas ini jangan pula kita terus terkejut dengan isu kenaikan harga komoditi global kerana inilah rupa sebenar dasar langit terbuka yang menjadi sistem kapital.

Namun begitu kita tidak boleh sentiasa bersikap selesa dengan keadaan agihan yang sekadar bersifat sementara sahaja.

Islam tidak sekali-kali menganggap golongan miskin sebagai liabiliti tetapi jika mengabaikan mereka adalah satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak

Leave a comment »

kepimpinan….

Anda baharu sahaja melangkah kaki di tempat kerja baru dan setelah beberapa minggu di sana, anda mendapati dengan pengalaman dan kelayakan yang ada pada diri anda, ada banyak perubahan yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki cara bekerja yang sedia ada. Masalahnya, apa yang anda cuba lakukan tidak mendapat respons positif dari ketua jabatan anda. Bagaimanakah agaknya reaksi anda apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian?

Mungkin ada di antara anda akan merasa bosan dan terpinggir dan mula mencari pekerjaan baru di mana khidmat yang ingin anda hulurkan akan lebih dihargai. Tetapi mengundur diri cara begini tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Jadi, bukankah lebih baik jika anda bertegas dengan pendirian anda dan membuat sesuatu demi kebaikan semua?

Terdapat berbagai jenis pekerja di dalam sesebuah organisasi. Ada sesetengah pekerja tidak suka memerah otak dalam menjalankan tugas harian dan lebih senang menerima arahan daripada ketua. Tetapi ada juga di antara pekerja yang lebih seronok jika dapat menyumbang idea baru untuk melakukan sesuatu ke arah perubahan dan sentiasa ingin maju ke hadapan. Jika anda mempunyai sifat sebegini, anda memang mempunyai harapan cerah untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya.

Sejak kebelakangan ini, banyak yang diperkatakan mengenai isu kepimpinan. Ramai yang percaya bahawa pemimpin yang hebat tidak dilahirkan sedemikian tetapi kehebatan tersebut dibentuk dari awal. Memang ada kebenaran bahawa sesetengah orang dilahirkan dengan bakat semula jadi tetapi tanpa latihan, dorongan, minat yang mendalam dan pengalaman, bakat seseorang pemimpin tidak mudah terserlah. Seorang pemimpin yang hebat boleh mempengaruhi orang ramai demi mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Beliau juga mampu menyatupadukan beberapa kumpulan untuk bekerjasama ke arah satu arah dan tujuan.

Pemimpin-pemimpin yang hebat tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang sedia ada. Mereka sentiasa bekerja dan terus belajar untuk memperbaiki selok-belok bidang yang mereka ceburi dan minati.

Kebanyakan orang mengaitkan kepimpinan dengan kuasa. Dengan kuasa yang ada, pemimpin mampu melakukan apa sahaja termasuk memaksa orang bawahan tunduk kepada telunjuk mereka atau menekan dan mengganggu kehidupan orang-orang yang tidak mereka sukai melalui tekanan mental atau fizikal. Keadaan ini memang wujud tetapi ia bukanlah cara kepimpinan yang harus dijadikan contoh. Pemimpin yang hebat perlu bijak menaikkan semangat orang-orang yang mereka pimpin agar turut bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi atau negara. Mereka mampu membuka mata pengikut-pengikut untuk melihat gambaran organisasi secara meluas.

Jadi, bagaimanakah cara anda ingin mempengaruhi orang yang anda pimpin untuk mengikut anda? Orang zaman sekarang sudah banyak terdedah kepada pelbagai informasi yang boleh didapati melalui buku-buku, majalah-majalah, televisyen, radio, internet dan macam-macam lagi. Jadi, mereka ini tidak mudah untuk dipengaruhi dan tidak akan menerima segala cadangan atau arahan tanpa menyuarakan soalan atau pendapat mereka sendiri. Namun, mereka akan mendengar dan mengikut arahan pemimpin jika mereka nampak arah yang ingin dituju dengan jelas. Tetapi mereka akan merasa ragu untuk mengikut pemimpin yang tidak pasti ke mana ia ingin membawa orang-orang yang dipimpin dan sentiasa berdolak-dalik dengan kata-kata dan tindakan ke atas orang yang anda pimpin. Ia boleh dilihat melalui perwatakan anda dan tindak tanduk mereka.

Menjadi seorang pemimpin tidak hanya berkisar pada kemahiran apa yang anda miliki, kebijaksanaan anda, apa yang anda tahu dan apa yang anda lakukan. Anda adalah ibarat cermin kepada pengikut anda. Apa yang anda lakukan menjadi ikutan mereka.

Kajian ada menunjukkan salah satu kunci kejayaan pemimpin adalah kepercayaan dan keyakinan penuh yang diberi oleh pengikut kepada pemimpin mereka. Jika mereka percaya kepada seseorang pemimpin, mereka sanggup ‘meredah lautan’ dan melakukan apa sahaja untuk membantu pemimpin tersebut mencapai sesuatu matlamat. Kepercayaan ini amat penting kerana apabila timbul keraguan terhadap kepimpinan anda, keadaan akan menjadi tidak stabil dan kucar-kacir. Ini akan membantut usaha anda untuk menyatupadukan pasukan yang anda pimpin.

Kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin dibina melalui perhubungan yang baik di antara pemimpin dan orang-orang yang mereka pimpin, komunikasi yang jelas dan ketinggian etika seorang pemimpin. Jika kuat dan utuh hubungan anda dengan orang yang dipimpin, maka akan bertambah kuatlah kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kebolehan anda sebagai seorang pemimpin yang boleh mereka harapkan.

Jadilah pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Seorang pemimpin yang hebat tidak akan mengaku bahawa kejayaan yang diraih adalah semata-mata kerana usaha mereka seorang tetapi ia adalah hasil titik peluh dari setiap pekerja yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan usaha tersebut

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1007&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm

Leave a comment »

RIBA….punca keruntuhan ekonomi…

 

KEDUDUKAN ekonomi Amerika Syarikat (AS) semakin buruk. Meskipun Washington cuba menutup kedudukan ekonominya, namun data dan fakta sudah lama melaungkan kegagalan ekonomi kapitalis itu.

Dengan kedudukan defisit akaun semasa yang terus pincang, hutang kerajaan yang menggunung, pengangguran yang tinggi, nilai hartanah dan portfolio yang merudum, rakyat AS melihat ekonomi kapitalis yang kononnya menjanjikan seribu satu impian bertukar menjadi ekonomi parasit meratah kekayaan yang ada.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah ditelan lubang hitam krisis hutang yang parah, mungkin paling parah dalam sejarah kemanusiaan.

Pelbagai punca dicari bagi menjelaskan krisis yang berlaku. Namun, fakta sebenarnya ialah sistem ekonomi yang berpaksikan riba pasti akan hancur.

Melihat kepada krisis di AS, sesungguhnya benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 276, “Allah susutkan riba dan mengembangkan sedekah”.

Semuanya berpunca daripada kaedah mengembangkan ekonomi dengan menggalakkan pemberian hutang dan hutang itu pula meningkat dari masa ke masa kerana adanya riba. Maka, si kaya yang menyimpan di bank khayal dengan janji kekayaan yang meningkat oleh riba. Di satu pihak lagi, si miskin yang berhutang terus miskin kerana hutang dan beban riba.

Institusi kewangan yang menjadi agen riba ibarat badut yang membaling bebola berwarna. Bebola tersebut ibarat produk-produk kewangan yang menarik. Tangan kanan badut ibarat si kaya dan tangan kirinya ibarat si miskin.

 

Kewangan

Kedua-duanya inginkan produk kewangan tersebut. Tepuk sorak penonton adalah upah buat si badut. Semakin banyak bebola di baling dan disambut, semakin kuatlah tepuk sorak penonton dan semakin ghairahlah si badut.

‘Pengembangan’ oleh riba bermakna semakin banyak dan pantaslah bebola berwarna yang perlu dibaling dan disambut oleh si badut. Sehingga ke satu tahap, pasti kesemua bebola akan terjatuh!

Pengibaratan di atas menjelaskan konteks modus operandi institusi kewangan masa kini. Hakikatnya, jumlah kekayaan ‘sebenar’ adalah terhad untuk satu masa tertentu. Namun, riba telah memperdayakan kita dengan ‘menggandakannya’ meskipun pada realitinya, gandaan dari riba itu sebenarnya tidak bernilai – ibarat buih.

Panik dalam sistem kewangan tercetus apabila si kaya cuba menterjemahkan kekayaan yang ada dalam nilai yang sebenar. Maksudnya, bukan kekayaan dalam bentuk jumlah pada helaian kertas atau angka yang tercatat.

Untuk memenuhi tuntutan si kaya, si miskin dikerah oleh institusi kewangan untuk membayar hutang termasuk dengan ribanya sekali. Malang kerana si miskin tidak mempunyai apa-apa untuk dipersembahkan. Maka, rumah, kereta dan apa sahaja milik si miskin dirampas oleh institusi kewangan untuk dinilai semula.

Tetapi, tidak ada sesiapa yang mampu dan ingin membeli harta-harta yang dirampas itu. Ini kerana si kaya sudah hilang yakin pada kekayaan yang dimilikinya, dan si miskin pula sudah jatuh papa. Pinjaman juga sukar untuk diperolehi di mana-mana. Lantaran, semakin merudumlah nilai harta-harta tersebut.

Maka tembelang modus operandi institusi kewangan pecah terbongkar. Institusi kewangan rupanya memberi pinjam berlipat kali ganda daripada jumlah aset yang ada. Ketidakseimbangan aset-liabiliti semakin membesar apabila impak riba diambil kira. Panik berlaku di mana-mana.

Apabila kerajaan AS cuba menyelamatkan institusi-institusi kewangannya dengan pakej AS$700 bilion, kerajaan itu juga sebenarnya sudah lama dihimpit beban hutang dan riba. Kelulusan pakej menyelamat itu dilihat melengkapkan episod terakhir kejatuhan AS sebagai kuasa ekonomi dunia.

Leave a comment »

Citra Islam…Ruang Siber

Bagaimana ruang siber menjadi sarana positif dan efektif bagi peningkatan kualiti keagamaan di dalam masyarakat global?

REALITI baru ruang siber dianggap dapat menggantikan realiti yang sedia ada. – Gambar hiasan.



 

BENARKAH ruang siber sebagai sebuah saluran global antara manusia akan dapat mendekatkan manusia pada agama melalui komunikasi canggih? Benarkah ia sebuah saluran yang dapat mempermudahkan pengajaran berbagai agama dan ajaran spiritual? Di internet, agama formal, agama yang ‘baru’ berlumba-lumba menggunakan kekuatan ruang siber untuk mentransformasikan ibadah, organisasi keagamaan, umat beragama, bahkan gagasan inti keagamaan. Kaum beriman, ahli teologi, guru-guru spiritual, dan ahli falsafah berupaya keras memahami dan memanfaatkan impak radikal ruang siber terhadap agama.

Begitulah juga dengan Islam dan umatnya, cuba memahami impak radikal kepada pemaknaan hidup beragama dalam era siber ini. Buku Islam in the Digital Age karya Gary R. Bunt, seorang pensyarah bidang pengajian agama dan pengajian Islam, University of Wales, cuba menganalisis secara sosiologikal dan kritikal perkembangan teknologi ‘ruang siber’ ini kepada kehidupan Islam kontemporari. Menurut hemat penulis, inilah buku Inggeris yang pertama membahasnya secara ‘wacana tinggi’, yang bukan lagi berfokus kepada soal baik-buruk teknologi sebagaimana yang lazim kita baca.

Bunt telah mengenal pasti dua konsep baru yang agak radikal, iaitu kebangkitan e-jihad (elektronik jihad) yang muncul daripada kepelbagaian perspektif Islam dan membahasnya dalam konteks kepelbagaian pengertian jihad termasuk keganasan talian, aktiviti penggodam, penyelarasan gerakan protes secara aman sehinggalah ekspresi umat Islam pasca tragedi pengeboman World Trade Center di New York. Kedua, Bunt cuba membahaskan otoriti keagamaan dalam internet yang termasuk fatwa secara talian serta pengaruhnya dalam kepelbagaian persekitaran umat Islam dan kompleksiti otoriti keagamaan dalam menghadapi cabaran baru umat Islam.

Dalam konteks e-jihad, Bunt cuba memahami bagaimana saluran online telah digunakan untuk menyebarkan kemarahan umat Islam secara berkesan terhadap Amerika dan Israel ekoran peristiwa 11 September 2001 melalui laman-laman keagamaan. Di samping itu, Bunt cuba mengeksplorasi pandangan yang agak kritikal dari ahli-ahli agama terhadap bahaya ruang siber itu sendiri kepada pengertian terhadap bentuk kehidupan beragama. Bunt mengatakan ruang siber telah menyajikan dua bentuk ruang, iaitu, bentuk sebuah ‘peta pemikiran’ dengan menampilkan berbagai pemikiran yang dianuti oleh para siberis, cyber-programmers, dan cyber-religionists yang cukup optimis dengan ‘realiti baru’ ruang siber yang dianggap akan dapat menggantikan realiti sedia ada, yang akan menjadi semacam ‘agama baru’ atau ‘Tuhan baru’ Kedua, bagaimana ruang siber membentuk ‘peta penggunaan’ ruang siber oleh berbagai kelompok real religionists (Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha, Islam) yang menggunakan ruang siber sebagai sarana penyebaran agama dan komunikasi antara umat. Dengan kata lain, bagaimana ruang siber menjadi sarana positif dan efektif bagi peningkatan kualiti keagamaan di dalam masyarakat global.

Dalam konteks inilah, Bunt melihat sejauhmana otoriti keagamaan masih berlaku dan mampu bertahan. Apakah perkahwinan melalui internet boleh berlaku atau dapat disahkan, kalau ‘ya’, bagaimana? Bolehkah belajar solat melalui internet? Kesemuanya ini, tentulah memerlukan fatwa daripada otoriti keagamaan yang menyakinkan dan bukannya menolak hujah yang dangkal. Memang selama ini soal pengajaran agama sama ada berbentuk soal-jawab, kemusykilan agama, bahkan soal panduan berhaji dan umrah dapat dijawab dalam bentuk interaktif on-line termasuk lebih ‘mesra-pengguna’. Masihkah diperlukan bimbingan secara ‘nyata’ sedangkan dalam ruang siber, semua sudah tersedia terjawab. Dengan demikian, ‘dunia fikiran’ dapat dimuat dan dibuat ’simulasinya’ dalam komputer, menandakan bahawa masa depan agama tidak berada dalam ‘dunia nyata’ tetapi di dalam berbagai bentuk ‘realiti maya’. Ini adalah satu persoalan menarik yang tentunya mengundang berbagai polemik.

Namun, sebagai wadah bagi dunia, spiritual Islam dan ruang siber pada kenyataannya tidak menyediakan ruang untuk konsentrasi, renungan atau kekhusyukan sebagai nature daripada kesedaran dalam dunia spiritual. Hal ini disebabkan, bahawa perhatian dan ‘kesedaran’ di sana lebih terserap oleh teknologi dan kesan-kesan khusus yang tercipta di dalam teknologi medianya sendiri, yang kerangka penciptaannya bersandar kepada model ‘kecepatan’, kesegeraan dan kesinambungan arus penggantian imej. Kekhusyukan tidak akan pernah diperoleh di dalam ‘ketergesaan’ yang timbul daripada kecepatan operasional dan penggantian imej. Di dalam ruang siber, kecepatan operasional itulah yang menguasai kesedaran iaitu pesona terhadap kompleksiti teknologi informasi dan komunikasi, aneka ragam imej yang dihasilkan dan kecanggihan ‘visual’ yang dimunculkan. Semuanya menjadi selubung yang menutupi ‘getaran-getaran’ spiritual dan yang berkembang bukanlah daya ’spiritual’, melainkan ekstasi kecepatan dan ekstasi kesan khusus. Sesungguhnya ruang siber adalah ’sebuah sirkuit hasrat’ yang tidak ada hujungnya, yang di dalamnya tidak ada tempat untuk refleksi, renungan, untuk berhenti sejenak. Padahal, renungan dan refleksi adalah inti daripada ‘kebangkitan’ daya ’spiritual’ yang sejati. Buku ini sebenarnya merupakan sumbangan besar kepada wacana dalam memahami kompleksiti kehidupan umat Islam dalam era siber dan reaksi serta responsnya kepada kehidupan pascamoden

Leave a comment »

selamat hari raya…

assalamualaikum..

di kala entri ni dinukilkan…ana bawu ja sampai UIA..huhu penat..

sebelum raya aritu..bukan main bersilat n tak tido lg nak siapkan assignment…huhuhu..last minute punya kerja..huhu..dan menjadi kebiasaan..bila dah last minute..aku akan offer diriku tuk pulun assignment tu..coz last ,inute..if buat reramaai..jawabnya..tahun depan la jugak siap..cuma ader part2 yang nak kene group touch tu aku bg la kat budak group…bukan nak bebankan diri..tapi if aku langsung biarkan org lain buat..aku takkan dapat blaja papa…balik kali..ader 2assigment..n 3prsentation..2report…bila kenangkan.banyaknya kerja nila..aku duk bising kat umi..aku malas nak blaja..penat………tapi tadi bila otw balim UIA..aku pikiir balik..napa aku blaja?apa tujuan aku blaja?huhuhu..ya Allah maafkan la hambaMU ini…

pasal raya..nothinh spesel..coz raya kali ni pnuh tragedi…semuanya bermula ngan familyku punya kisah dulu….sebelum bertolak balik kampung…ayah call pekerja de..tetibe dapat tahu..bangsal tempatpekerja2 duduk dibakar org..adesh…ganer ni..tinggal lantai tanah jer..planning nak bertolak awal..akhirnya jadinya lambat…so kitorg pi la tgk ladang tu dulu sambil bawa semua peralatan dari umah tuk depa….pastu bawu bertolak..alhamdulilah..sampai..malam raya….kluarga ku dikujtkan pula ngan keta spupu ku tersadai kat tasik mana tah..jalan nak ke perak..mak cikkku yang sepatutnya ader tuk kenduri esok..terpaksa pulang segera ke perak..katanya..tangki air keta meletup..huhuhu..pagi2 masa raya kedua..sekali lg..kluarga dkejutkan dgn berita mak cikku n kuarga dari pengkalan chepa accident..dugaan2….malam tadi telefon mak cikku..dia masih blum pulih..huhu..gitulah citer raya kali ni…

erm walau apa pun..bersyukurlah…Allah menguji takat kemampuan hamba kita..dari insiden yang berlaku di umahku..buatkan aku banyak sedar…syukran Ya Allah..n yang paling penting..jgn lupa hidupkan Syawal ini ngan puasa 6…erm pahalanya umpama setahun pose….back up balik our ramadhan….

wassalam….

p.s:selamat ari raya..maaf zahir batin kepada semua muslimin muslimat….

Leave a comment »

erm….antara yang menakjubkan..he

copy lagi…malas nak menulis…bout gold dinar..t dah bace bebudak punya assgnment..ana cuba la tulis…about lembaga zakat selangor n many more…suma da jadi bahan assignment kat UIA…so t just nak kongsi bout islmaic econ system ngan sahabt2…

kat bwh ni tak dak kene mengena ngan Islamic econ System pun..just nak bagi baca….:)

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017143&Itemid=109

Nasib Ku Li belum tentu, Abdullah pasti diundurkan
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Thu | Sep 25, 08 | 11:38:16 am MYT
Orang-orang media cukup marah jika mereka diboikot atau ditempelak akibat sikap berat sebelah, penggelapan serta memutarbelitkan isu dalam melaporkan sesuatu peristiwa.

Iklan
 
 
   

Sikap sebegini diambil bukan sahaja terhadap orang-orang politik atau Pertubukan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak menyebelahi Barisan Nasional, malah kalangan orang-orang Umno yang berbeza pendapat dengan kepimpinan yang ada, turut akan dimangsakan.

Namun itulah hakikat yang berlaku terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengadakan pertemuan dengan bloggers dan media di kediamannya di Jalan Langgak Golf, dekat sini 21 September lepas.

Asalnya pertemuan tersebut dianjurkan bertujuan untuk Ku Li mendengar pendapat para bloggers dalam isu-isu tertentu untuk diketengahkan. Bagaimanapun ia bertukar menjadi sidang akhbar akibat soalan bertalu-talu dari pihak media.

Dalam pertemuan yang berlangsung hampir dua jam isu, Ku Li yang berhasrat menentang Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengupas segala persoalan politik dan ekonomi serta isu-isu dalaman Umno.

Ku Li hanya bercakap beberapa minit sahaja apabila mempersoalkan usaha Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan cabaran yang dihadapinya untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun media pro BN yang jelas menjadi alat pengampu Abdullah hanya menyiarkan pandangan Ku Li tentang Anwar, perbincangan topik-topik lain digelapkan.

Hasrat Ku Li begitu jelas, jika beliau dipilih sebagai Presiden Umno dan menjadi Perdana Menteri, beliau akan merombak keanggotaan Kabinet yang ada dan menubuhkan sebuah ‘unity government’ yang menggabung semua pihak.

Ku Li sedar beliau terpaksa menempuhi ranjau yang amat sukar. Namun beliau tidak pernah mengenal erti putus asa. Beliau tetap mahu mencuba walaupun pernah tewas sekali (1987) dan ‘tidak layak’ bertanding pada tahun 2005.

Image Membetulkan Umno yang sudah tersasar

Apabila ditanya media, bagaimana beliau boleh mendapat pencalonan dalam mesyuarat Bahagian Umno yang akan diadakan mulai Oktober depan, Ku Li secara sinis berkata, setakat ini Abdullah Badawi juga belum tentu mendapat pencalonan.

“Jika Dollah (Abdullah) berundur akibat desakan orang-orang Umno, soal pencalonan untuk beliau tidak timbul sama sekali,” katanya.

Katanya, ada kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno memberitahu, ‘mood’ ahli Umno di akar umbi terhadap Abdullah sudah tiada.

Maksudnya, sikap enggan menerima Abdullah sebagai Presiden Umno begitu ketara ditunjukkan ahli Umno sehingga desakan supaya beliau berundur kedengaran di seluruh negara.

Ku Li menegaskan beliau menawarkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden Umno bukan untuk melawan sesiapa, beliau hanya mahu memperbetulkan Umno, BN dan negara yang sudah dibawa tersasar jauh dari landasan yang asal.

Katanya, beliau mahu ‘overhaul’ Umno, membawa kembali anak muda yang sudah lari daripada Umno.

Ditanya sama ada beliau mempunyai hubungan atau ‘team mate’ dengan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ku Li berkata, beliau tidak mempunyai pasukan khusus seperti pertandingan Umno 1987.

Menurutnya, kebetulan beliau menemui Muhyiddin ketika diundang bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Putrajaya.

Setibanya di situ, beliau mendapati selain Mahathir dan Muhyiddin, turut hadir ada sama di situ ialah bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid dan Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

“Saya tidak diundang untuk hadir ke mesyuarat, saya tidak tahu pun ada mesyuarat, jadi saya cuma hadir dalam perbincangan mereka,” katanya.

Antara lain beliau diberitahu, veteran-veteran yang berkumpul tidak lain tidak bukan membincangan masa depan Umno dan negara yang semakin rosak akibat kepimpinan Abdullah Badawi.

Justeru pada ketika itu timbulnya cadangan untuk meminta Dr Mahathir membantu untuk membetulkan keadaan. Keadaan tidak boleh dibetulkan jika Mahathir bukan ahli Umno, maka dirumuskan suatu pandangan, supaya usaha dibuat untuk membawa kembali Mahathir harus disegerakan.

Halangan dalam pemilihan Umno

Masalah yang paling besar menurut Ku Li ialah halangan ‘politik wang’ yang sudah merajai pemilihan Umno saban tahun.

“Saya dengar calon-calon yang bertanding harus menyediakan peruntukan yang besar untuk mendapatkan pencalonan, terus terang saya katakan, saya tiada wang,” katanya.

Daripada makna kata beliau, jika ada kalangan anggota Umno di peringkat bahagian yang mahu menagih wang sebagai upah mencalonkan beliau, awal-awal lagi beliau enggan dibabitkan dengan politik wang.

“Jangan rosakkan Umno dengan politik wang,” katanya, sebagai satu teguran kepada semua pemimpin dan anggota Umno, jika ada antara mereka yang ketagih dengan habuan wang.

Menurut sumber lain, ada kalangan kaki kempen mendakwa, sekarang ini ‘demand’ anggota Umno di akar umbi begitu besar sekali.

“Kami diminta untuk menyediakan antara RM2 juta hingga RM4 juta satu bahagian,” dakwa beliau.

Jika dakwaan beliau itu benar, memang Umno betul-betul hebat! Hebat yang bakal membawa parti itu melingkup tidak lama lagi.

Antara halangan yang dibangkitkan ialah peraturan ‘Tataetika Ahli Umno’ yang dipersetujukan oleh MT Umno pada 27 Mac lepas.

Tataetika ini jelas melarang calon yang bertanding untuk berkempen. Antara yang dicatatkan Perkara 2.1.3 Tataetika Ahli Umno menyebutkan, “Balasan’ termasuklah apa-apa pemberian termasuk wang ringgit, saham-saham, konsesi, hadiah, pakej percutian, makanan/jamuan, tambang gelaran/anugerah dan perkara-perkara lain yang dinyatakan di dalam tataetika ini.”

Antara lain kandungan buku tataetika setebal 23 muka surat tersebut mencakupi soal salahlaku, sogokan, rasuah, penggunaan kekerasan dan ugutan, fitnah, ejen, pelobi serta majlis pertemuan yang bertujuan untuk meraih undi.

Pada dasarnya menurut sumber, peraturan sebegini ketat untuk pemimpin yang berhasrat bertanding dalam pemilihan parti, bertujuan bagi mengelakkan Umno lebih parah.

Namun banyak pendapat kalangan Umno, kebanyakan peraturan yang dimuatkan dalam tataetika banyak menguntungkan pihak atasan yang mempunyai kuasa dalam kerajaan.

Misalnya dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, bahawa Abdullah melanggar tataetika parti dengan menggunakan wang JASA, Kementerian Penerangan (peruntukan kerajaan) untuk diagihkan kepada ketua-ketua Umno cawangan yang terbabit dalam pertemuan dengan beliau.

Walaupun Zahar membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), tetapi sehingga kini Abdullah tidak pernah tidak disiasat.

“Tetapi, terdapat banyak pemimpin Umno di peringkat MT dan bahagian dirujuk ke Lembaga Disiplin Umno kerana didakwa terbabit politik wang, ini tidak adil,” kata Ku Li.

DEB bukan untuk orang Melayu

Tengku Razaleigh juga diajukan persoalan mengenai sikap Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi Baru, yang penulis sifatkan ianya sebagai ‘hate question’ iaitu bertujuan untuk ‘membelasah’ ketua pembangkang itu.

Dalam soalan itu Anwar cuba dirujuk sebagai orang yang bakal menggadaikan maruah bangsa Melayu kerana hubungan akrabnya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Apa yang mengejutkan penulis ialah jawapan Ku Li.

Menurutnya, beliau adalah antara pemimpin yang terlibat dengan usaha merangka DEB, bersama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ketika itu berada dalam suatu suruhanjaya.

“DEB tidak dirangka untuk orang Melayu sahaja, ianya adalah untuk semua kaum,” tegas Ku Li.

Katanya, selepas berlaku Peristiwa 13 Mei 1969, pemimpin-pemimpin parti yang memerintah dan pembangkang, bekerjasama dalam permuafakatan, bagi memberikan keadilan ekonomi untuk semua kaum.

Cumanya kata Ku Li, terdapat pemimpin tertentu yang menyalahgunakan DEB untuk kepentingan politik mereka dan kroni-kroni.

“Orang Umno sendiri pun ramai yang menentang DEB, bukan dari sudut dasarnya, tetapi perlaksanaannya, kerana mereka juga tidak memperoleh sesuatu darinya,” kata beliau.

Bagi penulis, apa yang disebutkan Ku Li mengenai DEB ini amat mengejutkan! Selama ini seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu ditipu bulat-bulat oleh pemimpin Umno.

Mereka mengatakan DEB dirangka untuk membantu orang Melayu dan sesiapa yang menentangnya adalah pengkhianat Melayu.

Nah! Ramainya orang Melayu, termasuk barangkali yang berada dalam parti pembangkang, tertipu dengan retorika pemimpin Umno.

Apakah selama ini Umno benar-benar memperjuangkan Melayu tulen? Apakah Umno menjadi pelindung sebenar agama Islam?

Persoalan ini sebenarnya sudah ada jawapan. Hanya mereka yang tidak mempunyai kesedaran dan menyangka Umno masih kuat sahaja yang sering tertipu.

Semua ini membuktikan Abdullah, Umno dan BN sudah tidak lagi relevan pada rakyat dan menunggu dijatuhkan bila-bila masa sahaja.

(Artikel ini disiarkan dalam Harakah bilangan 1378)

Leave a comment »

lailatul qadr

nak kongsi skit artikel dari sini..selamat membaca

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017151&Itemid=34

Mencari Lailatulqadar yang belum ditemui
LanH
Thu | Sep 25, 08 | 6:13:13 pm MYT
Ramadan berbaki beberapa hari lagi. Lima, 4, 3, 2, 1 dan Aidilfitri. Akhirnya Ramadan yang penuh barakah, jaminan pengampunan dan pembebasan daripada api neraka itu meninggalkan kita. Sebelum Ramadan ini berakhir, tiba-tiba terlintas di hati saya untuk mengisi kolum ini yang saya sudah tinggalkan sejak dua bulan lalu.

Iklan
 
 
   

Tentunya saya beralasan sibuk sejak Harakah terbit dua kali seminggu sejak pertengahan Ogos lalu. Tetapi pada akhir Ramadan ini, dalam kesibukan itu saya teruja membuat sedikit bakti dalam dunia penulisan ini, moga-moga ia ada manfaatnya dan dapat menolong saya di alam sana.

Kesedaran menulis datang selepas saya mendengar tazkirah zuhur hari ini (25 Ramadan/25 September). Pada kuliah itu, ustaz terbabit menyatakan jika keseronokan atau keasyikan Ramadan sudah menguasai jiwa barulah puasa kita membawa erti. Jika tidak, dikhuatiri puasa kita hanyalah sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau lebih tinggi sedikit iaitu menahan anggota diri daripada perkara-perkara bukan hak.

Bagaimana mahu mendatangkan keasyikan Ramadan? Ustaz itu mengkiaskan tingkah laku seorang peminat bola sepak, katakan penyokong tegar Perak. Penyokong ini bekerja di Kuala Lumpur, tetapi kerana fanatiknya kepada pasukan Perak, di mana saja ada perlawanan membabitkan pasukan ini , akan dihadirinya. Jika pasukan Yob ditakdirkan bermain di Pulau Pinang, peminat tegar ini akan melakukan apa saja supaya dia dapat ke sana.

Kalau perlu menipu untuk mendapat cuti, dia akan lakukan. Kalau tiada kenderaan, yang ada cuma sebuah motosikal Cup, dia sanggup menunggang dari KL ke Ipoh atau Pulau Pinang. Panas, hujan malah sakit, tidak dipedulikannya. Yang penting dia mesti menyaksikan pemain Yob beraksi. Cintanya kepada pasukan Yob sudah menjadikan dia begitu. Dia sudah asyik dengan dunia bola dan Yobnya.

Bagaimana mahu asyik dengan Ramadan? Ini soalan sukar dijawab. Ustaz itu berkata, orang yang sudah asyik mahsyuk dengan Ramadan, tidak peduli apa lagi. Kuih raya ke, baju raya ke, duit raya ke, semuanya tidak ada dalam kamus mereka. Sebaliknya mereka cukup cemas dengan ibadat dan penghambaan terhadap Yang Maha Kuasa kerana Ramadan semakin hari semakin menuju penghabisan, macam ‘countdown’ 5,4,3,1 dan Aidilfitri.

Demikianlah, orang yang asyik dengan Ramadan berasa sedih kerana ia akan berlalu. Tetapi kita ini, termasuk saya sebagai orang awam bagaimana pula? Kita pun tidak sabar dengan ‘countdown’ 5,4,3,2,1 tetapi akhirannya akan berbunyi ‘Hip-hip horee, hip-hip horee, Esok hari raya!’ Itulah saya dan sebahagian kita pada era ‘jahiliah’ (semasa zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa) dulu, tetapi kini saya mulai termenung memikirkan betapa tersasar jauhnya kita dalam menghadapi Ramadan dan Aidilfitri.

Saya mula tercari-cari Lailatulqadar yang tidak pernah saya temui. Macam mana hendak jumpa sebab saya sama seperti sebahagian besar generasi baru dibesarkan dalam suasana tidak menjuruskan ke arah itu. Ini kerana pengertian Ramadan dan Aidilfitri terpesong terlalu jauh daripada apa saya fahami sejak merajinkan diri menghadiri tazkirah dan kelas-kelas pengajian di masjid sejak beberapa tahun lalu. Bagi kebanyakan orang Melayu, Ramadan dan Aidilfitri sudah menjadi semacam satu budaya; tidak terikat kepada apa dikehendaki Islam daripadanya. Dan saya sebagai seorang Melayu terikut-ikut dalam budaya yang berat untuk saya katakan sonsang ini.

Permulaan Ramadan adalah barakah Allah SWT. Tetapi orang Melayu dan kini menjangkiti orang Malaysia, Ramadan bermakna bulan pesta – daripada pesta makanan kepada pesta membeli belah. Tataplah akhbar, terpapar kisah makanan dan penyediaan makanan. Gerai menjual makanan muncul di sana sini. Kisah ayam percik, kisah tahi itik, semuanya mewarnai Ramadan.Seolah-olah Ramadan itu pesta makan sedangkan puasa itu bermakna tidak makan.

Tidak cukup dengan itu muncullah buffet Ramadan di restoran, di hotel. Makan dan makanlah. Ramadan adalah untuk menahan nafsu termasuk mengekang makan dan minum tetapi Ramadan nampaknya adalah bulan untuk memuaskan nafsu makan. Kalau pada siang hari nafsu itu tidak dapat dipuaskan, tidak mengapalah, pada malam hari ia boleh dipuaskan, sepuas-puasnya.

Kemudian muncul pula bazar Ramadan, pasar Ramadan, ’sale’ Ramadan dan bermacam-macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Ramadan. Ramadan itu adalah untuk mengekang nafsu, tetapi nampaknya Ramadan adalah bulan untuk memuaskan nafsu. Nafsu membeli memuncak pada Ramadan, set perabot yang tidak pernah bertukar boleh bertukar pada Ramadan, langsir yang ok ditukar juga pada Ramadan, peti sejuk yang ok pun ditukar baru, kereta yang ok jadi tak ok pada Ramadan kerana mahu ditukar; malah rumah pun kalau boleh mahu ditukar Ramadan ini.

Pemimpin dan pemerintah menggamatkan lagi suasana. Ada yang mahu menjual puasa dan raya sebagai bahan promosi pelancongan. Mereka suruh orang luar datang, tengok apa orang Melayu buat pada bulan mulia ini. Mereka tidak suruh orang Melayu meningkatkan amal ibadat dan penghayatan terhadap bulan mulia ini supaya orang luar tertarik dengan Islam, tetapi mereka menyuruh orang Islam melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam seperti memasang pelita, sibuk dengan majlis makan-makan dan menganjurkan majlis di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul.

Seorang pemimpin sebuah negeri di selatan tanah air, dalam mempromosi aspek pelancongan, mengerahkan penduduk kampung memasang pelita, sebuah kampung dilaporkan menang dan mendapat hadiah lumayan selepas kira-kira 40,000 pelita menerangi kawasannya.

Bayangkan berapa banyak kos diperlukan dan apa yang dapat dikatakan tentang perbuatan membazir amalan syaitan ini? Seorang uztaz mengingatkan pemasangan pelita dengan niat dan pandangan terpesong misalnya percaya ia boleh memudahkan arwah saudara-mara kembali ke rumah masing-masing adalah perbuatan syirik dan merosakkan akidah. Orang taat sibuk dengan solat dan mengenang dosa diri dan nasib dalam kubur, ada penduduk kampung termasuk veteran sibuk bermain cahaya ribuan pelita tujuh likur.

Ketika ini pada ketika segelintir insan bertakwa menangisi Ramadan yang akan berakhir tidak lama lagi, ada kumpulan-kumpulan tertentu bertungkus-lumus menyiapkan program-program lara atas nama kemuliaan Syawal untuk disiarkan di skrin-skrin televisyen. Maka sepanjang raya, terpancar dan berkemundanglah segala program hiburan terutama nyanyian, tidak henti-henti 24 jam sehari.

Berakhir Ramadan, pesta makan-makan berlanjutan, sebulan lamanya. Yalah, kata mereka Syawal itu sebulan lamanya. Jadilah orang Melayu berpaksi kepada makan minum, berpesta, berhibur; pengajaran Ramadan tidak langsung melekat di hati mereka.

Bagi anak-anak inilah Ramadan dan Aidilfitri yang mereka ketahui. Mereka didedahkan perkara ini tahun demi tahun; melepasi usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya tua. Kalau tidak kesedaran, kemungkian mereka membawa konsep salah ini hingga ke liang lahad.

Mungkin pada usia tua seperti saya ini barulah timbul sedikit kesedaran bahawa Ramadan dan Aidilfitri yang bermati-matian kita raikan itu adalah tersasar daripada kehendak Islam. Islam tidak menyuruh kita bergolok gadai memenuh dan mengisi nafsu menyambutnya tetapi ada peraturan, tata cara dan disiplinnya.

Tujuan Ramadan adalah untuk menghasilkan insan bertakwa dan tawaran Allah SWT, menjanjikan pengampunan dan bebas daripada api neraka sewajarnya menjadi buruan setiap Muslim.

Itulah yang baru saya ketahui sejak akhir-akhir ini menyebabkan saya termenung memikirkan betapa sesat dan songsangnya saya selama ini. Mungkin itu antara sebab mengapa Lailatulqadar yang saya cari, belum terjumpa lagi. – Artikel lain penulis boleh diakses di Lanh14.blogspot.com _

Leave a comment »

ramadhan ke 12

alhamdulillah..skang dah ramdhan ke12..n besok..aaku akan pulang tuk menjenguk kedua ibubapa ku..mmgla masa agak terhad..sbb ahad ptg aku akan kembali ke uia seperti biasa..esok pun balik ptg..tapi tak sampai ati plak nak hampakan depa…

hehehe..esok punya rancangan dah ade dalam kepala..sejak dua tiga menjak ni mengidam la plak nak makan kek batik almond…hehehe.siaplah kuali2 kat umah aku kerjakan..tunggulah biskut marie kepulangan ku..

huhuhu….list tuk this month

13:balik umah

14:balik UIA

15:Klas dari pagi samapi malam  (adeghr…..:) )(IA quiz..lupa la bila)

16:kelas lagi….

17:nuzul quran..tapi lec dok kompius cuti bila..hope la holiday rini..hehehe(might be IA quiz)

18:blajo keta.hehehe bila nak abis ni..dah setahun dah daftar…

19:klas ganti….

20:JKIFTAR…HQ UKHWAH.com..meh ramai2 itut kita meh…srang KL sentral..

21:review chapter….

22:TEST mgt..&assignment IA

23:test Busi math

24:assgment FIE

25:klas kot..tgklah..if ramai dah ponteng..maka ngan bangga nya juga..saya ponteng..hehehe

26:kalu tak ponteng..sambg blajo keta..vrooommmm.vroommmm

27:tolong umi kat umah la..hehehe jadu jurujual plak..juru buat kuih..juru makan2..heheh(wajib nih)

28:tolong umi…hehe ringankan beban adik…

29:balik kampung kot….&jual lagi nih..meh datang kedai…

30:dah tiba di kampung..hehehehe

1,2,3 oktober  :selamat Hari raya….kepada sahabat2 mans..jgn ngengade nak wat suprise macam tahun lps..akhirnya..anda tersuprise ngan ketakdaan saya sepanjang raya ..hehehe..org raya tiga hari kat  KLANTAN GANU…hehehe…pas tu nak datang..sila sms yer..tafaddol..tak yah suprise2..kang buat pnat je kang…

4okt….dah ade kat N9….pnat2…

5 okt..kelik UIA..adergh….

sekian..wassalam..

Leave a comment »

lawak jenaka 1

“Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid,” kata abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya. Aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh. Aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah…

“Berapa lama engkau tak ke masjid!!?” Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. “Dia orang tengah renovate masjid lah. Bumbung masjid bocor… Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah,” sambung abah lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Moral of the story: fikir sendiri lah hehheehe..

Leave a comment »

AUKU..seksyen 15

Seksyen 15 Auku, benteng terakhir Umno
berminat plak nak copy paste artikel ni…bukan pa..sekadar nak berkongsi..aritu..diri ini ade tumuduga…erm so its going nicely..but can you predict the question?

antara soklan yang ditanya…

1:apa misi UIA?

2:apa maksud integrasi?

3:apa maksud integriti?

4:apa maksud modal insan?

5:apa itu AUKU?

and many more….

and ade juga soklan..bolehkah seorang guru itu berpolitik ketika menjalankan tugas?

heheeh…bisa seh soklan..temuduga lain tak de la dasyat cam gini..ni mmg sempoi sangat2..

n yang paling sonok masa jawab tang inergriti n modal insan..

terkene la juga ‘peneraju modal insan ni’…heheheeh tersenyum aje penemuduga dengar jawapan aku…hehehe sapa suh PM kita bijak sangat…heheheheh….

modal insan tu apa?manusia la jawapannya..cumanya..pembina idea ni nak nak lahirkan golongan berilmu..berdaya maju..n etc…but…what’s the point?kalu tak guna ,xleh maju ke kita?habis tu…yang kita ade pemikir2 ulung di Malaysia ni…adakah lahir ngan wujudnya term ‘modal insan’…ni sumanya kerana nak raih perhatian semasa zaman perubahan pemerintahannya….n satu lagi…xdo kojo lain nak COMMERCIALIZED kan term tu…last sekali panel tu kata..saya setuju la ngan awak..hehehehe….

ingat lagi nasihat seorg kawan..nak pergi temuduga ni..kita ikhlaslah…xyah tipu2…seriusly..masa satu interview ni..dia tanya lain..saya jawab lain..maksudnya saya jawab bukan berdasarkan bidang kerja yang ditawarkan..tapi tula..kita perlu tahu apa yang kita mampu lakukan..kalu kita beria-ria kata kita boleh buat…sanggup..tang2 dapat..kita tak buat…tak mampu..kan dah susahkan semua orang…ok…yang penting be yourself..n IKHLASKAN haTI…..

Fahri Abdillah al-Masri

Ada dua buah program universiti yang disusun baru-baru ini mengenai isu pindaan Auku. Program pertama dibuat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala acara yang kedua pula dibuat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 29 Ogos lalu….

 
 
   

Berasaskan laporan, program di UKM itu mendapat sedikit gangguan pada mulanya. Tapi, kali ini pelajar itu tetap berkeras melakukan. Khabarnya ia tidak terbuka kepada pelajar luar universiti berkenaan. Dan, hal inilah yang membezakan antara kedua-dua buah universiti tersebut.

DI UIA malam itu, beberapa buah persatuan perwakilan pelajar daripada IPT-IPT telah dibenarkan masuk untuk menghadiri forum berhubung pindaan Auku itu. Maka, pihak pentadbiran UKM mungkin masih ada niat mengekalkan tradisi lamanya dan dalam masa yang sama para siswanya mula bersikap keras untuk tidak berganjak daripada maksud mereka.

Mungkin mereka tidak mahu kejadian Forum Palestin tidak lama dahulu berulang. Dalam peristiwa lalu, majlis itu terpaksa dibatalkan setelah ahli forumnya itu dikatakan tidak sesuai dengan kehendak HEP. Tetapi, forum pada malam itu diteruskan mungkin kerana Dato’ Idris Haron selaku wakil parti pemerintah telah hadir sama bagi mengisi acara tersebut.

Jika tidak diteruskan, UKM tentunya bermasalah. Ertinya, ada unsur berat sebelah di situ. Atau, dalam lain tafsiran boleh juga kita sebut di sini bahawa universiti sebenarnya tidak suka program seumpama ini, tetapi mereka terpaksa membenarkannya semata-mata mahu menunjukkan bahawa mereka memang bersedia menyokong dan mendokong idea-idea kebebasan bersuara.

Syahadan, forum di UIA malam itu mempertemukan panelis Dato’ Saifudin Abdullah (Umno), YB Salahudin Ayub (Pas) dan Yusmadi Yusof (PKR) dalam rangka mecari kesamaan hujah. Antara yang disentuh ialah Seksyen 15, Auku yang telah banyak mengundang petaka kemusnahan ke atas kemanusiaan.

Angkara Seksyen 15
Segala-galanya ini berawal daripada Seksyen 15. Dalam banyak-banyak fasal dan ceraian Auku, artikel inilah yang paling sukar dibatalkan dan dipinda. Dan, artikel ini yang paling banyak didesak warga kampus agar Parlimen memindanya.

Dato’ Saifuddin Abdullah, seorang panelis forum di UIA malam itu turut membangkitkan isu berkaitan Seksyen 15. Mewakili parti dalam kerajaan, beliau dengan tegas menolak sikap pemerintah yang tidak mengizinkan politik membenih dan menjalar pengaruhnya di IPT.

“Seksyen 15 perlu dibahaskan dengan lebih lanjut lagi. Pada saya, kita kena bezakan Aku dan Auku. Maksud saya, kita kena melihat dari semua pandangan.

“Pelajar mesti tentukan sendiri tentang cara peranan yang perlu mereka lakukan,” katanya ketika membahaskan keburukan seksyen tersebut.

Saifudin berkata demikian, kerana ada kecenderungan untuk melihat seksyen ini daripada sudut pandangan tertentu sahaja. Dan hal ini kerap berlaku pada pihak parti pemerintah semata-mata. Sebaliknya, pandangan warga kampus kurang diberikan perhatian.

“Pada bab Seksyen 15 sahaja, sudah ada sembilan keburukan Auku,” kata beliau lagi.

Beliau yang terlibat secara langsung di dalam Majlis Belia Malaysia (MBM), menyatakan bahawa dengan sebab Seksyen 15 ini, MBM telah terputus langsung dengan dua ahlinya.

“MBM sebagai badan induk dan gabungan NGO terputus jambatannya dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di universiti.

“Oleh kerana terlalu menyekat kehendak politik, sampai satu tahap, siswa sudah tak minat politik. Pada satu masa, dalam pilihan raya kampus, peratus mengundi merosot sehinggakan IPT terpaksa mengadakan cabutan bertuah. Sikap ini mengasuh budaya politik wang,” katanya lagi.

Tetapi, sebagai ahli politik Umno dalam kerajaan, Saifudin berterus-terang bahawa beliau tidak bebas menyatakan pendiriannya berhubung hal tersebut.

“Kalau cakap begini di Parlimen, nanti saya dilihat menyokong pembangkang. Saya tidak boleh terima Seksyen 15. Sebagai ahli Umno, saya tahu Kelab Umno ada di luar negeri,” kata Saifudin.

Bebas membuat pilihan
Sementara itu, Salahudin Ayub dalam ucapannya turut menyatakan bahawa generasi hari ini sebagai ‘the new generation of choice’, yang menuntut mereka bebas membuat pilihan berhubung pendirian politik kepartian mereka.

“Masuklah Umno, Pas, Keadilan, DAP atau apa saja parti. Hal itu tiada salahnya. Semua kita bebas membuat pilihan untuk menganggotai mana-mana parti,” katanya.

Beliau merujuk surah al-Kahfi yang memperihalkan kedudukan pemuda beriman dan diberi petunjuk. Dengan bermodalkan kekuatan iman dan petunjuk, maka mereka mampu merubah dan menongkah arus zaman. Dan, perubahan seperti inilah yang tidak digemari oleh ahli politik.

Niat tidak jujur kerajaan
Manakala Yusmadi Yusof pula ketika membentangkan hujahnya berkata, bahawa ada niat yang tidak jujur ketika membentangkan akta tersebut.

“Kalau kita nak gubal apa-apa akta sekali pun, kita kena lihat Perisytiharan Kemerdekaan yang dibacakan oleh Tunku Abdul Rahman yang menunjukkan semangat asal kelabiran dan pembentukan negara ini.

“Perisytiharan Kemerdekaan ini seperti ’sijil kelahiran’ negara yang membuat penegasan berhubung keadilan dan kebebasan sebagai asas pembentukan negara,” kata beliau.

Ternyata perisytiharan itu bercanggah dengan banyak akta drakonian. Semua ini tentunya terkait dengan niat awal untuk menghalang kebangkitan rakyat dalam usaha menjelmakan semula prinsip keadilan dan kebebasan tersebut.

Dalam kesempatan itu, beliau sempat membangkitkan usul mengenai niat asal penggubal Auku ini. Apakah niat asal itu masih kekal relevan dengan Auku kini? Menurut Hussein Onn, matlamat penubuhan Auku adalah terkait dengan pengurusan universiti.

“Maka, hal niat itulah yang lazimnya dibangkitkan oleh kalangan pemikir perundangan dalam mana-mana perbahasan sekali pun,” kata Yusmadi.

Empat perkara kenapa Seksyen 15 tidak diubah
Dalam renungannya, Saifudin berkata sekurang-kurangnya ada empat sebab kenapa kerajaan enggan menggubal dan meminda Seksyen 15 itu.

“Pihak kerajaan berkata, jika diberi ruang sekali pun untuk pelajar itu aktif berpersatuan di luar, sebenarnya mereka itu memang telah sedia aktif berpersatuan di dalam universiti. Jadi, kenapa perlu diberi peluang untuk aktif lagi?

“Kedua, mereka selalu berkata pelajar-pelajar itu perlu belajar dan menamatkan pelajaran mereka terlebih dahulu. Ketiga, mahasiswa sudah menerima biasiswa. Jadi cukuplah dengan belajar, dan jangan lagi berpolitik,” kata beliau.

Dalam hal pemberian biasiswa ini, menurut Saifudin, beliau tidak dapat menerima hujah pihak kerajaan. Ini kerana, pelajar luar negara telah mendapat tajaan biasiswa lebih banyak berbanding pelajar IPT tempatan, tapi mereka boleh bergiat dalam Kelab Umno.

“Maka, dalam kes ini ada ‘double standard’ dan wujud sikap pilih kasih,” kata beliau.

Perkara yang terakhir kenapa Auku tidak dimansuhkan dan Seksyen 15 itu sukar dipinda ialah, kerajaan takut jika seksyen itu dibatalkan, maka kebanyakan pelajar akan masuk ke dalam politik pembangkang. Tidak ramai yang akan menganggotai parti politik pemerintah.

“Pada saya, bukanlah hal itu yang menjadi isu. Yang sepatutnya menjadi isunya ialah kenapa mahasiswa mahu masuk politik pembangkang?” tambah beliau lagi.

Pada akhir sesi soal jawab, seorang pensyarah membangkitkan pertanyaan apakah kerana Dato’ Seri Khaled Nordin pernah merengkok dalam penjara dengan sebab akta-akta yang zalim pada suatu masa dahulu, maka beliau didorong dan terdorong untuk meminda Auku ini.

Saifudin, bagaimanapun ketika menjawab soalan itu berkata, ‘credit’ harus diberi kepada bekas Menteri Pendidikan yang lalu, iaitu Dato’ Musa Mohamad, mantan Naib Canselor USM yang pernah merancang pindaan Auku tersebut. Lalu, soalan pensyarah itu tidak terjawab.

Maka, sehingga kini, kemungkinan Khaled Nordin meminda Auku kerana beliau pernah terjebak dalam kedudukan tertindas, tetap menjadi persoalan yang belum terjawab dan ia masih menjadi suatu teka-teki yang belum dapat diselesaikan.

Leave a comment »

FIdYAh….Wajib ke?

Di antara makna Fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengkadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Diantara sebab-sebab wajib mengeluarkan Fidyah puasa ialah:

1. Tidak berupaya berpuasa iaitu seseorang yang wajib berpuasa, tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua, lemah dan sekiranya dia berpuasa tidak akan dapat menanggung kepayahannya.
2. Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya melakukan puasa.
3. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka ini berpuasa, maka takut akan mendatangkan mudarat kepada anak yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu.
4. Sesiapa tidak mengkadha Ramadhan pada tahun berkenaan sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa ‘uzur syar’i. Khusus bagi sebab yang ke empat ini, maka bagi sesiapa yang telah terlanjur melambat-lambatkan kadha puasa Ramadhan, padahal ia boleh mengkadha puasanya itu dengan tiada ‘uzur sehingga masuk Ramadhan lain, maka tetaplah juga wajib ke atasnya mengkadhanya sebanyak hari-hari Ramadhan yang ditangguhnya itu disamping itu wajib pula mengeluarkan fidyah mengikut kadar hari-hari berkenaan, iaitu sebanyak satu mud atau 15 tahil atau 566.99 gram beras untuk satu hari. Ertinya satu hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka fidyahnya satu mud, jika dua hari, fidyahnya dua mud, jika tiga hari, fidyahnya tiga mud begitulah seterusnya. Walau bagaimanapun, kadar jumlah satu, dua atau tiga mud itu boleh berganda. Umpamanya sehari puasa Ramadhan yang ditinggalkan fidyahnya ialah satu mud, tetapi jika masuk tahun kedua belum dikadha, fidyahnya berganda menjadi dua mud. Masuk tahun ketiga menjadi tiga mud sehinggalah dikadha dan begitulah seterusnya. Perlu juga di ingat bahawa disamping kewajipan membayar fidyah, dan mengkadha puasa Ramadhan, adalah wajib bertaubat tidak akan meninggalkan puasa Ramadhan lagi atau melambatkan mengkadhanya jika tidak ada ‘uzur syar’i, kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ‘uzur adalah haram, dan jika ditinggalkan juga tanpa ‘uzur, wajiblah dikadha dengan segera, dan jika dilambat-lambat mengkadhanya tanpa ‘uzur hukumnya adalah haram.

Orang Yang Sudah Meninggal Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana ‘uzur syar’i seperti sakit atau dalam musafir sama ada satu hari atau lebih, kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka tidak wajib dikeluarkan fidyah puasa yang ditinggalkannya itu. Dia juga tidak berdosa kerana dia dikira tidak dapat melakukan yang wajib atasnya disebabkan suatu ‘uzur atau halangan yang dibenarkan syara’. Bagaimana jika dia mati setelah berkeupayaan dan berpeluang mengkadhanya, namun dia tidak mengkadhanya, maka pihak walinya tidak perlu mengganti puasanya dan tidak sah hukumnya, kerana puasa itu dikira ibadah peribadi yang tidak dapat diwakilkan semasa hidup.

Berkata Imam Nawawi: Ertinya: ‘Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (kerana ‘uzur syara’), kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka dia tidak wajib membayar fidyahnya dan tidak berdosa. Dan jikalau dia mati selepas berupaya mengkadhanya, walinya tidak perlu mengganti puasanya mengikut Kaul Jadid, yang perlu ialah membayar fidyah puasanya bagi setiap hari satu mud makanan yang diambil dari harta peninggalannya’. (Minhaj at-Thalibin: 77).

Leave a comment »

FAdhilat Ramadhan

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, “Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. “Sabda baginda dalam hadis yang lain, “Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.”

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Leave a comment »

Enam Persoalan Hidup

Oleh: Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.

Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu” (Al A’Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”. Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah “memegang AMANAH” (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”. Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sekian.

Leave a comment »

AntaRa Raja’ and Khauf(pengharapan dan kebimbangan)

Konsep Rajak dikaitkan dengan harapan manusia akan kurniaan Allah sama ada di dunia mahupun akhirat. Sangkaan baik bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga kerana Allah bersifat dengan Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

Konsep Khauf pula dikaitkan dengan perasaan takut dan bimbang akan azab Allah dan malapetaka yang diturunkan sama ada di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Manusia tidak dapat dipisahkan dari 2 keadaan ini sama ada rajak atau khauf. Ada yang terlalu berharap (sangka baik) terhadap kurnia Allah sehingga mereka lupa untuk beribadat kepada Allah. Mereka lalai dan relaks dari tanggungjawab sebagai hamba Allah namun masih menaruh harapan tinggi Allah akan mengampunkannya. Mereka lupa bahawa azab Allah amat pedih.

Satu golongan lagi terlalu takut terhadap azab Allah sehingga sebahagian besar masanya beribadat tanpa ada ruang untuk hal-hal selain dari urusan akhirat. Mereka lupa untuk menguruskan keduniaan mereka.

Kedua-dua golongan ini extreme sama ada ke arah keduniaan dan keakhiratan mutlak. Golongan pertama condong ke arah dunia dan lupakan akhirat sementara kedua condong ke akhirat dan lupakan dunia.

Dalam memperkatakan kedua-dua keadaan ini, kedudukan kita hendaklah antara khauf dan rajak; tidak terlalu khauf dan tidak terlalu rajak. Adalah lebih selamat dalam menjalani hidup di dunia ini, kita lebihkan perasaan khauf – takut kepada Allah. Dengan ada perasaan ini kita sentiasa takut melakukan maksiat dan rajin membuat ibadat. Hidup kita akan lebih selamat. Meskipun begitu jangan terlalu takut sehingga terabai tanggungjawab di dunia.

Bila masanya kita perlukan perasaan rajak (harapan)? Jika khauf semasa menjalani hidup dunia, rajak pula kita gunakan semasa di ambang kematian. Di saat-saat menghadapi mati, kita hendaklah penuhkan dengan harapan 100% supaya Allah mengampuni kita. Kita menyangka baik Allah akan memasukkan kita ke dalam syurga. Ketika inilah kita yakinkan kepada diri kita Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Lemahlembut. Allah menurut apa yang kita sangkakan. Jika kita sangka baik terhadap Allah, Allah akan mengikut menurut sangkaan kita.

Menyorot kehidupan sekarang, seolah-olah manusia sudah hilang perasaan khauf. Kebanyakannya lalai dan leka dari menunaikan tanggungjawab. Namun pada masa yang sama mengharapkan keampunan Allah. Harapan begini hanya angan-angan kosong tak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Oleh itu sama-samalah nasihat-menasihati antara satu sama lain supaya kita tidak terdorong kepada perilaku yang terlalu rajak. Sebaliknya tanamkan perasaan khauf dalam diri kita supaya di akhir nafas kita nanti Allah permudahkan untuk kita menaruh perasaan rajak. Semoga kita semua akan selamat di satu alam yang kekal dan abadi di dalam syurga yang penuh kemanisan dan kenikmatan.

Leave a comment »

AKhlAk dAn Peribadi Rasulullah

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu’ sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

Leave a comment »

ETIKA HIDUP MUSLIM (nASihat)

Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz

 

Etika Memberi Nasehat

1. Hendaknya ikhlas di dalam memberikan nasihat, tidak mengharap apapun di balik nasihatmu selain keridhaan Allah Subhannahu wa Ta’ala dan terlepas dari kewajiban. Dan hendaknya nasihatmu bukan untuk tujuan riya` atau mendapat perhatian orang atau popularitas atau menjatuhkan orang yang diberi nasihat.

2. Hendaknya nasihat dengan cara yang baik dan tutur kata yang lembut dan mudah hingga dapat berpengaruh kepada orang yang dinasihati dan mau menerimanya. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman yang artinya: “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, nasihat yang baik dan debatlah ia dengan cara yang lebih baik”. (An-Nahl: 125).

3. Hendaknya orang yang dinasihati itu di saat sendirian, karena yang demikian itu lebih mudah ia terima. Karena siapa saja yang menasihati saudaranya di tengah-tengah orang banyak maka berarti ia telah mencemarkannya, dan barangsiapa yang menasihatinya secara sembunyi maka ia telah menghiasinya. Imam Syafi`i –rahimahullah- berkata: “Berilah aku nasihat secara berduaan, dan jauhkan aku dari nasihatmu di tengah orang banyak; karena nasihat di tengah-tengah orang banyak itu mengandung makna celaan yang aku tidak suka mendengarnya”.

4. Hendaknya pemberi nasihat mengerti betul dengan apa yang ia nasihatkan, dan hendaknya ia berhati-hati dalam menukil pembicaraan agar tidak dipungkiri, dan hendaklah ia memerintah berdasarkan ilmu; karena yang demikian itu lebih mudah untuk diterima nasihatmu.

5. Hendaknya orang yang memberi nasihat memperhatikan kondisi orang yang akan dinasihatinya. Maka hendaknya tidak menasihatinya di saat ia sedang kalut, atau di saat ia sedang bersama rekan-rekannya atau kerabatnya. Dan hendaklah pemberi nasihat mengetahui perasaan, kedudukan, pekerjaan dan problem yang dihadapi orang yang akan dinasihati itu.

6. Hendaknya pemberi nasihat menjadi teladan bagi orang yang akan dinasihati, agar jangan tergolong orang yang bisa menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan ia lupa terhadap diri sendiri. Allah Subhannahu wa Ta’ala berfirman tentang Nabi Syu`aib: “Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang” (Hud: 88).

7. Hendaknya pemberi nasihat sabar terhadap kemungkinan yang menimpanya. Luqman berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang ma`ruf dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan sabarlah terhadap apa yang menimpamu”. (Luqman: 17). Luqman menyuruh anaknya untuk sabar terhadap kemungkinan yang terjadi karena ia memerintah orang lain mengerjakan kebaikan dan mencegah

(Dikutip dari Judul Asli Al-Qismu Al-Ilmi, penerbit Dar Al-Wathan, penulis Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, versi Indonesia Etika Kehidupan Muslim Sehari-hari)

Leave a comment »